Ayam masak kicap ni belajar dari mak. Biasanya kalau orang jawa masak waktu raya makan dengan ketupat nasi..sedap gilo…ayam masak kicap ni banyak kuah dan sesuai untuk kanak-kanak…selamat mencuba!

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Ayam Masak Kicap ala jawa

Ayam masak kicap ni belajar dari mak. Biasanya kalau orang jawa masak waktu raya makan dengan ketupat nasi..sedap gilo…ayam masak kicap ni banyak kuah dan sesuai untuk kanak-kanak…selamat mencuba!

BAHAN-BAHAN

  • 1. 600 gram ayam dipotong kecil.
  • 2. 4 sudu besar minyak masak
  • 3. Bawang putih 4 biji dan 1 Inci halia (ditumbuk)
  • 4. sebiji bawang besar dihiris
  • 5. Dua bijik kentang (sebijik potong enam)
  • 6. Dua Sudu kecil serbuk lada putih dan Satu sudu kecil serbuk lada hitam.
  • 7. Kicap Manis (secukup rasa, kalau suka kuah lebih hitam boleh letak banyakle)
  • 8. Dua sudu sos tiram
  • 9. Satu kotak kecil santan segera
  • 10. Garam dan sedikit gula secukup rasa
  • 11. Daun sup dihiris
CARA PENYEDIAAN
  • Panaskan minyak dalam periuk.
  • Tumiskan bawang putih dan halia, serbuk lada putih dan hitam.
  • Bila tumisan naik bau, masukkan sos tiram dan kicap (kacaukan).
  • Masukkan 6 sudu makan santan & 6 sudu makan air.
  • Selepas 5 minit, masukkan kentang dan ayam (tutup periuk, setiap 10 minit kacau ayam dan cucuk kentang dengan garfu, kalau kentang empuk, bermakna ayam tu dah masak).
  • Bila ayam dah empuk, masukkan lebihan santan tadi (kalau kuah agak pekat boleh tambah air sedikit, kalau kuah tak hitam pun boleh tambah kicap manis lagi)
  • Masukkan gula dan garam secukup rasa.
  • Masukkan bawang besar yang dihiris tadi.
  • Tunggu hingga menggelegak, tutup api dan taburkan daun sup. sedap dimakan dengan nasi panas.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN