creampuff gebu

Mari buat sendiri Creampuff gebu dan montok. Ikut resipi mudah disini, memang akan elok saja kejadiannya. Creampuff pertama kali diperkenalkan pada tahun 1540 sebagai hidangan yang disajikan kepada keluarga diraja Perancis.

Kemudian, ia membuat kemunculan di seluruh Britain pada kira-kira tahun 1880. Kini, creampuff boleh dijumpai di pelbagai kedai pastri dan kafe.

Baca juga: Resipi Chocolate Truffles Style Mr. Ali, Terasa Gourmet Buat Dessert Macam Ini

Sebenarnya, ia merupakan hidangan yang mudah disediakan kerana bahan-bahannya yang ringkas, walaupun cara pembuatannya memerlukan kemahiran dan latihan yang meluas.

Jangan risau, MyResipi menyediakan resipi yang mudah untuk anda ikuti. Resipi ini dikongsikan oleh Tuan Adriana Arissa dan telah mendapat banyak perkongsian di laman Facebook.

RESIPI CREAMPUFF GEBU MONTOK

creampuff gebu

Bahan-bahan krim kastard:

  • 1 ¼ cawan/313ml susu full cream
  • 2 biji kuning telur/1 biji telur
  • 1/4 cawan/55g gula
  • 1 sudu besar/8g tepung gandum/tepung kastard
  • 3 sudu besar/24g tepung jagung
  • ¼ sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 2 sudu besar/28g unsalted butter/marjerin pon boleh
  • 1 cawan/240g non-dairy whipping cream/fresh cream

Cara buat krim kastard:

1. Campurkan semua bahan kastard dalam periuk dan kacau dengan api perlahan hingga pekat.

2. Tutup permukaan dengan plastik dan simpan dalam chiller.

3. Kocok whipping cream hingga kental, lalu tambahkan ke dalam kastard. Mixer hingga sebati.

Bahan-bahan choux pastry:

Nota: Boleh gandakan resepi choux pastry, sebab cream tu banyak cukup untuk 2 adunan.

Cara-cara buat choux pastry:

1. Didihkan air, marjerin/butter, dan gula sehingga mendidih. Pastikan semua marjerin sudah cair dengan sempurna.

2. Kemudian, tambahkan tepung gandum sambil dikacau dengan cepat sehingga terbentuk kerak nipis di sekeliling kuali. Pada tahap ini, adunan akan menyerupai doh. Matikan api.

3. Biarkan adunan sehingga mencapai suhu bilik atau suam-suam kuku. Setelah itu, masukkan telur satu per satu sambil dikacau rata.

4. Paipkan adunan dalam dulang dan bakar pada suhu 200-220 darjah Celsius selama 30 minit dalam oven. Sesuaikan suhu mengikut ciri-ciri oven masing-masing.

5. Pastikan adunan berongga di dalamnya dan selepas dimasak, tidak mengempis semula. 

6. Biarkan creampuff sejuk, kemudian gunting dan paipkan adunan inti tadi. Untuk memberikan sentuhan cantik, boleh taburkan snow powder dan bukan gula aising.

creampuff gebu

Selamat mencuba.

Sumber: Tuan Adriana Arissa

Baca juga: Kek Batik, Dessert Kegemaran Mendiang Ratu Elizabeth II dan Keluarga Diraja British

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN