sup kaki ayam

Ada tak penggemar sup kaki ayam kat sini. Kaki ayam ni banyak manfaatnya. Elok juga kalau sekali sekala nak makan.

Apa kata hari ni korang follow cara mudah buat sup kaki ayam ala Thai. Ubah selera sikit, asyik masak cara kita je.

Mudah je nak buat lauk ni. Kaki ayam ni lebih sedap di masak sup. Bila di masak sup, korang akan dapat rasa makan kaki ayam yang lembut dan bergel.

Kaki ayam ni kaya dengan kolegan tau. Memang rugi kalau korang geli nak makan.

Baca juga: Resipi DIY Stok Rempah Sup, Jimat Masa, Mudah & Tahan Lama

Kolegan ni akan membuatkan kulit kita lebih anjal dan cantik. Daripada pakai kolegan yang beli kat luar tu, elok makan makanan yang mempunyai sumber-sumber kolegan macam ni. Kaki ayam ni memang sedap ye.

Resipi sup kaki ayam ala Thai ni telah di kongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Leeina Qaliena. Jom kita tengok resipi beliau.

Resipi Sup Kaki Ayam Ala Thai

Bahan menumis:

  • 3 ulas bawang merah (dihiris nipis)
  • 3 ulas bawang putih (dihiris nipis)
  • 2 inci halia (dihiris nipis)
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 1 inci kulit kayu manis
  • 2 biji buah pelaga

Bahan lain:

  • 500gm kaki ayam
  • 7 Ulas bawang putih (dibelah dua)
  • 1 ketul halia saiz sederhana (diketuk sedikit)
  • 2biji Ubi kentang (dibelah 4)
  • 1biji Lobak merah(dipotong ikut suka)
  • 1 pack Cendawan (dicarik2)
  • 2 biji Tomato (dibelah 4)
  • 2 biji Bawang besar (dibelah 4)
  • 10 biji cili Thai (diketuk-ketuk)
  • 4 helai daun limau purut muda
  • 2 biji limau kasturi/ 1 biji limau nipis
  • 1 sdb rempah sup/ rempah kurma
  • Garam secukup rasa
  • Ajinomoto (jika suka)
  • Maggi cukup rasa

Cara memasak:

1. Kaki ayam dicuci bersih dan direbus bersama halia yang diketuk dan bawang putih yang dibelah dua. Rebus sampai kaki ayam lembut.

2. Setelah kaki ayam lembut masukkan ubi kentang. Rebus lagi hingga ubi kntang lembut.

3. Dalam periuk yang lain masukkan bahan tumis. Dan tumis hingga kekuningan dan wangi.

4. Masukkan rempah sup yang dibancuh dengan sedikit air dan kacau hingga pecah minyak.

5. Kemudian, tuangkan kaki ayam dan kentang yang direbus tadi kedalam bahan tumisan.

6. Masukkan garam, serbuk perasa, perahan limau nipis /limau kasturi.

7. Bila nampak dah mendidih masukkan cendawan, tomato, bawang besar dan cili padi. Kacau dan biar seketika.

8. Sayur-sayar tu terpulang ikut kesukaan masing-masing ye.

9. Bila sudah masak padamkan api dan masukkan hirisan daun ketumbar. Siap untuk dihidang.


Simple dan mudah sangat nak masak sup kaki ayam ni! Nak buat hari-hari pun tak bosan. Sedap sangat! Tips nak bersihkan kaki ayam ni mudah je.

Cuci dengan air bersih yang mengalir. Kemudian, potong semua bahagian kuku kaki ayam untuk hilangkan bahagian kaki yang nampak kotor dan menjijikkan.

Selamat mencuba.

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN