upgrade siket dari ayam goreng garam kunyit..Te te te

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Ayam Goreng Daun Kari

upgrade siket dari ayam goreng garam kunyit..Te te te

BAHAN-BAHAN

  • 4~6 ketul ayam sederhana besar
  • 2 sb tepung jagung ~Secukupnya untuk menyalut ayam
  • 1 labu bawang besar ~Dihiris bulat-bulat
  • 5 biji cili padi ~Dipotong-potong
  • 2 tangkai daun kari
  • @@ BAHAN PERASA @@
  • 1 sb serbuk cili
  • 1 sb serbuk briyani
  • 1 sk serbuk ketumbar
  • Garam secukupnya
CARA PENYEDIAAN
  • Masukkan ayam ke dalam mangkuk.Kemudian masukkan kesemua bahan perasa dan gaul sebati.
  • Masukkan Tepung jagung dan golek-golekkan ayam sehingga menyaluti keseluruhannya.
  • Panaskan minyak dan goreng sehingga garing/kekningan.Angkat, tos dan ketepikan.
  • 4. Keluarkan minyak dari kuali..Biarkan tinggal 2~3 sudu minyak saja di dalamnya.Kalau nak guna minyak baru pun boleh.
  • Goreng bawang, cili padi dan daun kari sehingga naik bau.Masukkan (3) dan kacau-kacau sehingga sebati dan wangi..
  • Tutup api dan sedia di hidang panas-panas bersama nasi putih….

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN