Masakan simple aje ;)

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Ayam Goreng Bertumis

Masakan simple aje ;)

BAHAN-BAHAN

  • Bahan2 utk Ayam Goreng (perap bersama selama 1/2 jam) :-
  • 1 ekor ayam (dicuci dan dipotong saiz sederhana)
  • 7 ulas bawang putih – dikisar
  • 2 inci halia – dikisar
  • 2-3 sudu makan serbuk cili
  • 1/2 sk serbuk kunyit
  • garam dan aji secukup rasa
  • ——————————————
  • Bahan2 utk menumis :-
  • 2-3 biji bawang besar – potong bulat2
  • 6 tangkai cili kering – potong dua
  • 1 tangkai daun kari
  • 2 batang serai – diketuk
  • 1 batang kayu manis
  • 1 bunga lawang
  • 1/2 sk biji jintan manis
  • 1/2 sk biji jintan putih
  • sedikit rempah 5 spices
  • sedikit jus lemon (jika suka)
  • Minyak masak
CARA PENYEDIAAN
  • Panaskan minyak dlm kuali. Gorengkan ayam yang telah diperap tadi hingga masak. Angkat dan ketepikan.
  • Kurangkan minyak dlm kuali (biar cukup untuk menumis). Tumis kayu manis, bunga lawang, biji jintan manis dan biji jintan putih hingga naik bau.
  • Masukkan bawang besar, cili kering, daun kari dan serai. Tumis sebentar hingga wangi.
  • Masukkan ayam yang telah digoreng tadi, tambahkan rempah 5spices dan gaul sebati.
  • Padamkan api dan perah sedikit jus lemon. Gaul lagi dan sedia dihidang!

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN