Resepi tradisi keluarga…

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Ayam Dara Masak Kicap

Resepi tradisi keluarga…

BAHAN-BAHAN

  • 1 ekor ayam dara (potong lapan)
  • 1 inci halia (kisar)
  • 4 ulas bawang merah (kisar)
  • 4 ulas bawang putih (kisar)
  • 4 kuntum bunga lawang
  • 4 biji buah pelaga
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 1 tangkai daun kari
  • 5 biji cili api (belah dua)
  • 1 labu bawang besar (potong bulat)
  • Kunyit utk memerap ayam
  • 1/2 cawan kicap (ikut kesesuaian anda)
  • Air asam jawa secukup rasa
  • Garam, Gula dan MSG secukup rasa
  • 1/2 ketul kiub ayam maggi (kalau suka
  • Sedikit air
CARA PENYEDIAAN
  • Perap ayam bersama kunyit, garam dan sedikit gula selama 1 jam.Dalam tempoh 1 jam sentiasa ramas-ramaskan ayam tersebut selang 15 minit untuk melembutkan dan merencahkan isi ayam.
  • Panaskan minyak untuk menggoreng ayam.Goreng ayam sehingga 3/4 masak dan angkat.
  • Dalam kuali lain, panaskan sedikit minyak.Tumiskan daun kari, bunga lawang, kayu manis dan buah pelaga hingga naik bau.Masukkan pula bahan kisar dan tumis hingga sedikit kuning.
  • Masukkan sedikit air, kicap, air asam jawa, kiub maggi dan cili api.Kacau seketika hingga sedikit mendidih.Masukkan ayam yang telah di goreng.Biarkan hingga kuah meresap sedikit dalam ayam.Tambahkan garam, gula dan MSG.Masukkan pula bawang besar.Kacau seketika hingga bawang layu.Siap utk hidangan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN