Sedap dimakan dengan sos Thai ketika masih panas-panas.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Ayam Cornflakes

Sedap dimakan dengan sos Thai ketika masih panas-panas.

BAHAN-BAHAN

  • 1 keping dada ayam
  • 50g tepung gandum
  • 1 biji telur gred B
  • 2 sudu besar air
  • Emping jagung (‘cornflakes’) tanpa perisa secukupnya
  • Bahan perap:
  • 1/2 sudu kecil lada hitam
  • 1 sudu kecil rempah kari
  • 1/2 sudu kecil serbuk cili
  • 1/2 sudu kecil garam
  • Minyak secukupnya untuk menggoreng
CARA PENYEDIAAN
  • Bersih dan potong ayam kecil-kecil. Perapkan dengan bahan perap selama lebih kurang 10 minit.
  • Masukkan emping ke dalam beg plastik. Ramas biar kasar-kasar. Masukkan tepung, telur dan air ke dalam mangkuk. Kacau biar sebati.
  • Masukkan kepingan ayam satu persatu ke dalam adunan tepung tadi. Kemudian letak pulak ke dalam beg plastik emping. Tutup mulut beg plastik tadi. Goncangkan biar emping bersalut pada ayam.
  • Goreng dalam minyak panas sehingga keperangan atau ayam masak.

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN