Resipi dari mak, tapi agak-agak je..sebab dia masak tak sukat.. Jadi, saya ikut rasa sendiri..heee..

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Asam Pedas Melaka

Resipi dari mak, tapi agak-agak je..sebab dia masak tak sukat.. Jadi, saya ikut rasa sendiri..heee..

BAHAN-BAHAN

  • 3 keping ikan tenggiri (ikan lain pon boleh)
  • Bahan kisar:-
  • 3 biji bawang merah
  • 10biji cili kering
  • 1/2 inci halia
  • 1 sudu teh jintan manis
  • 1 sudu teh jintan putih
  • 1/4 sudu teh lada hitam
  • 1/2 inci kunyit hidup
  • 2 ulas bawang putih
  • Bahan tumis:-
  • @ 1/2 bawang besar-hiris
  • @ 1/4 sudu teh biji sawi
  • @ 1/4 sudu teh halba
  • @ 2 tangkai daun kari
  • Air asam jawa secukupnya
  • Air secukupnya
  • 1 biji tomato-potong
  • 5 biji kacang bendi
  • 1 serai-diketuk
  • 1/2 bunga kantan atau daun kesum secukupnya
  • Minyak masak
  • Garam dan gula jika suka
CARA PENYEDIAAN
  • Panaskan minyak. Tumis bahan tumis. Masukkan bahan kisar, biar pecah minyak.
  • Masukkan air asam jawa dan air. Biar mendidih, masukkan ikan dan bahan-bahan lain.
  • Masukkan garam dan gula, biar hingga masak. Hidangkan.

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN