sambal ikan tenggiri

Kalau anda peminat lauk pedas yang membangkitkan selera, menu sambal ikan tenggiri ini memang wajib dicuba.

Resipi ini menghasilkan sambal yang pekat, pedas, rasa masam manis yang seimbang dan cukup padu untuk dimakan bersama nasi putih panas.

Jom lihat perkongsian oleh Thana Ravindran di bawah untuk ketahui apakah bahan-bahan yang diperlukan serta cara memasaknya.

Baca juga: Resipi Asam Rebus Ikan, Kuah Masam Pedas & Wangi Daun Kesum Memang Terangkat!

RESEPI SAMBAL IKAN TENGGIRI

sambal ikan tenggiri

Bahan perap ikan:

  • 5 keping ikan tenggiri
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • ½ biji limau nipis (ambil jus)
  • Sedikit lada hitam/putih
  • 1 sudu kecil tepung jagung

Bahan sambal dan kuah:

  • 1 biji bawang besar (dihiris)
  • 1 biji bawang holland (dihiris bulat)
  • Sebesar limau kecil asam jawa + ¼ cawan air
  • 1 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu kecil gula putih
  • 1 sudu kecil gula perang/nisan
  • Minyak secukupnya untuk menggoreng
  • ¼ cawan minyak untuk menumis (boleh guna minyak goreng ikan)

Bahan kisar:

  • 5 ulas bawang putih
  • 5 biji bawang kecil
  • 1 batang serai (hiris nipis)
  • 2 inci halia
  • 1 biji tomato
  • 20–25 biji cili kering (direbus lembut dahulu)
  • 1 sudu kecil garam
  • 2 sudu besar minyak
  • ¼ cawan air

Cara memasak:

  1. Kisar semua bahan (A) hingga halus dan ketepikan.
  2. Bersihkan ikan tenggiri, kemudian gaul bersama kunyit, garam, jus limau, lada hitam/putih dan tepung jagung. Perap selama 10 minit sebelum digoreng garing. Angkat dan ketepikan.
  3. Panaskan minyak dalam kuali, boleh guna minyak goreng ikan tadi atau minyak baru.
  4. Tumis bawang besar yang dihiris hingga wangi, kemudian masukkan bahan kisar. Masak hingga pecah minyak, sambil dikacau selalu. Jika terlalu kering, tambah sedikit air panas.
  5. Masukkan air asam jawa dan biarkan mereneh seketika. Kemudian masukkan gula putih, gula perang, kicap manis, serta garam secukupnya.
  6. Akhir sekali, masukkan ikan tenggiri yang sudah digoreng bersama hirisan bawang holland.
  7. Gaul rata dan biarkan sambal menyerap ke dalam ikan selama 3–5 minit sebelum dihidangkan.

Sumber: Thana Ravindran

Baca juga: Resipi Ikan Kicap Halia Ala Restoran Cina, Tak Guna Bahan Banyak Tapi Padu Lain Macam!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN