resipi telur puyuh

Kalau tengah cari resipi telur puyuh yang sedap dan boleh buat satu keluarga bertambah nasi, boleh cuba telur puyuh tempe berlado ini. Bukan telur puyuh sahaja, hidangan ini turut digandingkan dengan tempe, tauhu, kacang panjang dan ikan bilis yang digoreng terlebih dahulu.

Apa yang menarik, sambal berlado untuk lauk ini menggunakan campuran bawang besar, cili api dan cili besar yang dikisar kasar. Bila ditumis sampai pecah minyak, memang naik bau dan nampak menyelerakan!

Lagi satu tip yang buat lauk ini lebih sedap ialah tempe, tauhu dan ikan bilis dimasukkan selepas sambal sejuk. Cara ini membantu mengekalkan tekstur rangup bahan-bahan goreng supaya tidak cepat lembik. Memang sesuai sangat dijadikan lauk makan tengah hari atau malam.

Baca juga: Resipi Sardin Telur Petai Berkuah Pekat, Tak Perlu Banyak Bahan Tapi Rasanya Mengancam!

RESIPI TELUR PUYUH TEMPE BERLADO

resipi telur puyuh

Bahan-bahan:

  • Telur puyuh secukupnya (direbus dan dikupas)
  • Tempe (dipotong kecil)
  • Tauhu (dipotong kecil)
  • Kacang panjang (dipotong)
  • Ikan bilis secukupnya
  • Bawang besar
  • Cili api
  • Cili besar
  • Garam secukup rasa
  • Serbuk perasa secukup rasa
  • 1 keping asam keping
  • Minyak untuk menggoreng dan menumis

Cara-cara penyediaan:

  1. Rebus telur puyuh sehingga masak. Sejukkan, kemudian kupas kulitnya.
  2. Panaskan minyak dan goreng ikan bilis sehingga garing. Angkat dan ketepikan.
  3. Dalam minyak yang sama, goreng tempe sehingga keperangan dan rangup. Angkat.
  4. Seterusnya, goreng tauhu sehingga garing. Angkat dan ketepikan.
  5. Kisar kasar bawang besar, cili api dan cili besar. Jangan kisar terlalu halus supaya sambal lebih bertekstur.
  6. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan yang telah dikisar tadi sehingga naik bau dan pecah minyak.
  7. Perasakan dengan garam dan serbuk perasa. Masukkan juga sekeping asam keping untuk memberikan sedikit rasa masam yang menyegarkan.
  8. Masukkan kacang panjang dan telur puyuh. Gaul rata dan biarkan seketika sehingga kacang panjang masak mengikut tahap yang disukai.
  9. Tutup api dan biarkan sambal sejuk sedikit.
  10. Selepas sambal sudah tidak terlalu panas, masukkan tempe, tauhu dan ikan bilis yang telah digoreng tadi.
  11. Gaul perlahan-lahan supaya semua bahan bersalut sambal. Siap untuk dihidangkan!

Sumber: Rozzieta Abd Rahim

Baca juga: Resipi Sambal Telur Hancur Simple & Sedap, Menu Lauk ‘Campak-Campak’ Anak Paling Suka!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN