telur hancur sambal

Kadang-kadang bila balik rumah selepas seharian bekerja, kita buntu nak masak apa untuk keluarga. Mujurlah ada hidangan penyelamat seperti sambal telur hancur yang bukan sahaja tersangatlah mudah untuk disediakan, malah rasanya juga cukup mantap untuk membangkitkan selera makan seisi keluarga.

Menu ringkas ini merupakan antara hidangan kegemaran yang sering dinantikan oleh anak-anak di rumah. Keunikan tekstur telur yang digaul sebati dengan sambal tumis menjadikannya lauk kegemaran ramai, terutamanya apabila dimakan bersama nasi putih panas-panas. Ibu-ibu pun tersenyum lebar sebab proses memasaknya tidak mengambil masa yang lama di dapur.

Perkongsian resipi daripada Kak Ita ini sangat sesuai dijadikan rujukan, terutamanya untuk anak-anak muda yang baru belajar berdikari dan mahu mencuba memasak sendiri di rumah. Tanpa perlu meluangkan masa yang lama, hidangan yang ringkas dan memikat selera ini sudah sedia untuk dihidangkan. Jom kita tengok bahan-bahan dan cara penyediaannya yang cukup senang ini!

Baca juga: Resipi Telur Butter Kicap Paling Enak, Menu Simple Tapi Boleh Buka Selera Satu Keluarga!

RESIPI TELUR HANCUR SAMBAL

telur hancur sambal

Bahan-bahan:

  • 10 biji telur
  • 1 genggam cili kering (direbus dan dikisar)
  • 1 biji bawang besar (dikisar)
  • Sedikit belacan
  • Garam secukup rasa
  • Perasa secukupnya (pilihan)
  • Minyak untuk menumis

Cara-cara penyediaan:

  1. Pecahkan telur ke dalam mangkuk dan ketepikan tanpa dipukul terlalu lama.
  2. Kisar cili kering yang telah direbus bersama bawang besar dan sedikit belacan sehingga halus.
  3. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali, kemudian tumis bahan kisar sehingga pecah minyak dan naik bau.
  4. Masukkan garam serta perasa mengikut cita rasa.
  5. Tuangkan telur ke dalam sambal dan biarkan seketika tanpa dikacau supaya telur mula mengeras.
  6. Selepas itu, kacau perlahan-lahan sehingga telur menjadi ketulan-ketulan besar dan bersalut sambal.
  7. Jika sambal kelihatan agak kering, boleh tambah sedikit lagi minyak supaya hasilnya lebih berkilat dan sedap.
  8. Angkat dan sedia untuk dihidangkan.

Sumber: Marsitah Ibrahim

Baca juga: Resipi Telur Goreng Masak Asam, Nampak Macam Biasa Tapi Sebenarnya Sedap…Tak Tipu!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN