sup wantan

Bukan saja sedap digoreng, tetapi jika dibuat sup wantan pasti lagi ‘umphh’. Kena pula dengan cuaca redup di luar, lagi berselera makan!

Sup wantan merupakan menu ringkas untuk disediakan kerana anda hanya perlu menyediakan sup dan inti saja.

Ikuti resipi yang telah dikongsikan oleh Puan Zurina Zulkefli di bawah sebagai rujukan buat anda. Selamat mencuba!

Baca juga: Jom Buat Sup Dumpling, Modal RM10 Je Tapi Boleh Dapat 40 biji

RESIPI SUP WANTAN

Bahan inti:

  • Daging ayam kisar jenama Ramly
  • Kulit wantan
  • Lobak merah – cincang
  • Daun bawang – hiris
  • Tepung jagung – 1 sudu makan
  • Kiub pati ayam – separuh

Cara memasak:

1. Campurkan semua bahan inti dan gaul sebati. Ambil kulit wantan, letak inti di tengah dan bungkus dengan kemas seperti gambar di bawah.

sup wantan

2. Panaskan 3 cawan air dan masukkan separuh kiub pati ayam.

3. Masukkan wantan yang kita buat tadi dan rebus sehingga masak.

4. Sediakan mangkuk hidangan, masukkan sesudu minyak bawang putih, sesudu minyak bijan, 2 sudu kicap cair dan hirisan daun bawang. Kemudian tuangkan air rebusan wantan ke dalam mangkuk.

5. Akhir sekali boleh masukkan wantan.sup wantan

6. Sedia untuk dihidang. Selamat mencuba!

sup wantan

Kredit: Zurina Zulkefli

Baca juga: Cara Buat Mi Wantan Kicap Dengan Dumpling Ayam, Lagi Puas Repeat Makan di Rumah

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN