Categories: Resipi

Resipi Spicy Sesame Noodles, Bahan Tak Banyak Tapi Sosnya Memang Padu & Bikin Ketagih!

Resipi Spicy Sesame Noodles ataupun mi pedas bijan adalah menu mi yang mudah disediakan dengan sos berasaskan bijan yang berkrim, pedas, masin dan sedikit manis. Gabungan rasa ini menjadikan mi lebih berperisa dan pastinya membuka selera.

Tidak perlu menggunakan banyak bahan atau melalui proses yang rumit. Mi hanya perlu dimasak sebelum digaul bersama sos yang diperbuat daripada sos bijan, minyak cili, kicap, minyak bijan, cuka beras dan sedikit gula.

Untuk hidangan yang lebih lengkap, Spicy Sesame Noodles ini boleh dinikmati bersama sayur-sayuran dan protein pilihan seperti tauhu. Taburkan bijan dan hirisan daun bawang sebagai pelengkap sebelum dihidangkan.

Baca juga: Resipi Tauge Celur Ala Chicken Rice Shop, Tekstur Jadi Rangup & Harum Dengan Minyak Bijan!

RESIPI SPICY SESAME NOODLES

Bahan-bahan:

  • 1 hidangan mi gandum tebal
  • 1½ sudu besar sos bijan
  • ½–1 sudu besar minyak cili atau chili crisp
  • 3 sudu kecil kicap cair
  • 1 sudu kecil kicap pekat
  • 1 sudu kecil minyak bijan
  • ½ sudu kecil cuka beras
  • 1 sudu kecil gula
  • 1 sudu besar air rebusan mi

Cara-cara penyediaan:

  1. Masak mi mengikut arahan pada bungkusan. Setelah masak, toskan dan asingkan 1 sudu besar air rebusan mi.
  2. Sementara itu, masukkan sos bijan, minyak cili, kicap cair, kicap pekat, minyak bijan, cuka beras dan gula ke dalam mangkuk. Kacau sehingga semua bahan sebati.
  3. Masukkan mi yang telah dimasak bersama 1 sudu besar air rebusan ke dalam mangkuk berisi sos.
  4. Gaul sehingga mi disaluti sos dengan sekata.
  5. Taburkan bijan dan hirisan daun bawang. Tambahkan sedikit lagi minyak cili jika anda mahukan rasa yang lebih pedas.
  6. Hidangkan bersama tauhu, sayur-sayuran atau protein pilihan anda.

Sumber: Cherie

Baca juga: Resipi Bingka Pandan Bijan Guna Formula ‘1232’, Petua Mudah Nak Ingat Sukatan!

Izzati

Recent Posts

Petua Buang Angin Dalam Badan Guna Bawang Putih & Halia, Hanya Bancuh Dengan Air Panas!

Masalah perut kembung dan rasa tidak selesa akibat angin memang boleh mengganggu aktiviti harian. Ada…

17 hours ago

Puding Biskut Cream Cracker Guna 3 Bahan, Tak Sangka Semudah Ini Tanpa Guna Oven!

Puding biskut cream cracker ini boleh jadi idea menarik kalau ada lebihan biskut yang sudah…

17 hours ago

Kailan Ikan Masin Ala Kedai Thai, Ikan Tenggiri Jeruk & Cili Padi Beri Rasa Lebih Kaw!

Sayur kailan ikan masin antara hidangan yang cukup digemari kerana gabungan rasa pedas dan masin…

17 hours ago

Cara Simpan Pisang Banyak-Banyak Sekali Gus, Rupanya Ini Petua Mudah Elak Cepat Rosak!

Pisang antara buah yang mudah masak ranum, lebih-lebih lagi apabila cuaca panas. Jika terbeli pisang…

18 hours ago

Resepi Kek Coklat Moist Sukatan Cawan, Kukus Atau Bakar Kedua-Duanya Menjadi!

Terasa ingin makan kek coklat yang lembut, lembap dan kaya dengan rasa koko? Resepi kek…

19 hours ago

Daging Masak Rempah Dengan Kuah Pekat, Gabungan Kicap Dan Rempah Ini Memang Padu!

Daging masak rempah antara hidangan yang sesuai dijadikan lauk untuk makan tengah hari atau makan…

19 hours ago