resepi nasi butter sedap

Kalau anda sedang mencari resepi nasi butter sedap, menu ini memang wajib masuk dalam senarai untuk dicuba. Tak perlu menggunakan beras mahal atau bahan yang sukar dicari, cukup dengan butter, susu, serai dan daun pandan, hasilnya sudah mampu menghasilkan nasi yang wangi, gebu dan menyelerakan.

Lebih istimewa, hidangan ini dipadankan dengan ayam rempah yang rangup, sup ringkas serta sambal jantan yang pedas. Sesuai dijadikan menu makan tengah hari atau makan malam kerana cara penyediaannya mudah dan menggunakan bahan-bahan yang kebanyakannya memang sudah ada di dapur.

Baca juga: Cara Masak Spaghetti Carbonara Paling ‘Rare’, Tambah Ikan Tenggiri & Sotong Terus Lain Rasanya!

RESEPI NASI BUTTER SEDAP

resepi nasi butter sedap

Bahan-bahan Nasi Butter:

  • 2-3 sudu besar butter
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 biji bawang merah
  • 1 inci halia
  • Sedikit garam
  • 1 batang serai (dititik)
  • 2 helai daun pandan
  • Susu cair atau susu full cream (boleh dicampur sedikit air)
  • Beras secukupnya

Nota: Gunakan sukatan air yang sama seperti memasak nasi putih biasa.

Cara-cara Penyediaan Nasi Butter:

1. Kisar bawang putih, bawang merah dan halia sehingga halus.

2. Cairkan butter di dalam periuk nasi atau periuk biasa.

3. Tumiskan bahan kisar sehingga naik bau dan sedikit keperangan.

4. Masukkan serai, daun pandan serta sedikit garam.

5. Masukkan beras yang telah dibasuh dan gaul sehingga semua beras bersalut butter.

6. Tuangkan susu bersama air mengikut sukatan memasak nasi biasa.

7. Masak sehingga nasi benar-benar masak, gebu dan mengeluarkan aroma yang harum.

Bahan-bahan Ayam Rempah:

  • Ayam
  • Serbuk kari
  • Serbuk cili
  • Tepung beras
  • Garam
  • Serbuk perasa
  • Daun kari (jika ada)

Cara-cara Penyediaan Ayam Rempah:

1. Satukan semua bahan bersama ayam.

2. Gaul sehingga setiap bahagian ayam disaluti rempah.

3. Perap selama 10 hingga 15 minit untuk rasa lebih sebati.

4. Goreng dalam minyak panas sehingga garing dan keemasan.

Bahan-bahan Sup Ringkas:

Cara-cara Penyediaan Sup Ringkas:

1. Didihkan air di dalam periuk.

2. Masukkan kiub ayam dan chicken stock.

3. Masukkan fish ball dan rebus sehingga masak.

4. Akhir sekali taburkan daun sup dan bawang goreng sebelum dihidangkan.

Bahan-bahan Sambal Jantan:

  • Cili
  • Gula
  • Garam
  • Cuka

Cara-cara Penyediaan Sambal Jantan:

1. Kisar atau tumbuk semua bahan sehingga halus.

2. Laraskan rasa mengikut citarasa masing-masing.

3. Hidangkan bersama nasi butter dan ayam rempah.

Tips Buat Nasi Butter Lagi Sedap

  • Tumis bahan kisar sehingga betul-betul naik bau sebelum memasukkan beras supaya rasa lebih harum.
  • Gunakan butter berkualiti untuk menghasilkan aroma yang lebih lemak dan menyelerakan.
  • Jangan tinggalkan serai dan daun pandan kerana kedua-duanya memberi haruman semula jadi pada nasi.
  • Susu full cream memberikan rasa yang lebih berkrim berbanding susu cair.
  • Gunakan sukatan air seperti memasak nasi biasa supaya tekstur nasi kekal gebu dan tidak lembik.
  • Perap ayam sekurang-kurangnya 10 minit sebelum digoreng untuk mendapatkan rasa rempah yang lebih meresap.
  • Jika ada daun kari, masukkan ketika menggoreng ayam untuk aroma yang lebih wangi dan rasa yang lebih sedap.

Hidangan ini membuktikan anda tidak memerlukan bahan mahal untuk menyediakan menu yang lazat. Dengan gabungan nasi butter yang gebu, ayam rempah rangup, sup ringkas dan sambal jantan, ia pasti menjadi antara menu kegemaran keluarga yang boleh diulang berkali-kali.

Selamat mencuba!

Sumber: Dhia Nadia

Baca juga: Cara Buat Sambal Ayam Stail Orang Dulu, Sambal Pekat Berkilat Buat Makan Bertambah Nasi!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN