Cara buat bingka pandan bijan ini cukup mudah kerana hanya perlu ingat satu formula iaitu 1232. Nombor ini merujuk kepada sukatan bahan utama iaitu 1 cawan gula, 2 biji telur, 3 cawan santan pandan dan 2 cawan tepung gandum. Senang nak ingat, kan?
Tak perlu pening nak sukat macam-macam bahan atau sediakan adunan yang rumit. Satukan sahaja semua bahan, tapis ke dalam loyang, taburkan bijan jika suka dan terus bakar di dalam oven sehingga masak.
Resipi bingka pandan bijan ini juga sesuai sangat dibuat untuk minum petang, hidangan keluarga atau dibawa ke jamuan. Dengan formula 1232 yang mudah dihafal, bolehlah simpan resipi ini supaya senang nak buat lagi lain kali.
Baca juga: Resepi Tepung Bungkus Versi Mudah, Kuih Lama Yang Sedap & Digemari Ramai Sampai Sekarang
CARA BUAT BINGKA PANDAN BIJAN GUNA FORMULA SUKATAN ‘1232’

Bahan-bahan utama:
- 1 cawan gula
- 2 biji telur
- 3 cawan santan + pandan
- 2 cawan tepung gandum
Bahan-bahan lain:
- Bijan secukupnya (jika suka)
- Sedikit minyak atau marjerin untuk sapu loyang
Cara-cara penyediaan:
- Satukan gula, telur, santan yang dicampur dengan pandan dan tepung gandum dalam satu bekas.
- Kacau semua bahan sehingga sebati dan tidak berketul. Jika mahu lebih mudah, adunan juga boleh dikisar menggunakan blender.
- Tapis adunan supaya hasil bingka lebih halus dan licin.
- Sapu sedikit minyak atau marjerin pada loyang, kemudian tuangkan adunan ke dalamnya.
- Taburkan bijan secukupnya di atas adunan. Kalau tak suka atau tak ada bijan, boleh juga skip kerana ia hanya pilihan.
- Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 180°C selama kira-kira 1 jam. Masa membakar bergantung pada oven masing-masing, jadi jika bingka masih belum masak selepas 1 jam, sambung bakar sehingga masak.
- Setelah masak, keluarkan bingka dan biarkan sejuk terlebih dahulu sebelum dipotong dan dihidangkan.
Sumber: Noor Ain Abd Hamid
Baca juga: Wanita Ini Kongsi Kuih Seri Muka Paling Sedap, Guna Santan Segar Memang Lembut & Berlemak!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM

