spaghetti buttermilk

Kita dah biasa masak spaghetti carbonara, spaghetti bolognese dan spaghetti aglio olio kan? Kali ini apa kata jom cuba resipi spaghetti buttermilk ni pula.

Rasanya pasti tidak mengecewakan. Untuk mengelakkan rasa muak, boleh lebihkan cili padi dan tambahkan chili flakes mengikut selera masing-masing. Selamat mencuba!

Baca juga: Spaghetti Tomyam Pedas Creamy, Resipi Senang Je Tapi Sedap Terangkat!

CARA MASAK SPAGHETTI BUTTERMILK

Bahan-bahan:

  • Spaghetti 1 paket
  • Bawang putih 4 ulas (dicincang halus)
  • Cili padi 3 tangkai (dipotong halus)
  • Daun kari 3 tangkai
  • Susu cair 1 tin
  • Garam dan gula
  • Butter 3 sudu besa
  • Dada ayam
  • Tepung bestari

Cara-cara:

  1. Potong kecil dada ayam. Masukkan tepung bestari serta sedikit air, gaul sebati. Kemudian salutkan dengan tepung bestari kering dan goreng sehingga masak. Ketepikan.
  2. Didihkan air dalam periuk. Masukkan 1 sudu kecil garam dan sedikit minyak. Rebus spagetti hingga lembut anggaran 10-12minit. Setelah masak, tos dan ketepikan.
  3. Untuk membuat kuah, cairkan butter dan tumiskan bawang putih, cili padi dan daun kari sehingga naik bau.
  4. Tuangkan susu cair. Boleh lebihkan jika suka berkuah. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
  5. Masukkan spaghetti dan gaul sebati.
  6. Letakkan ayam yang sudah digoreng di atas spaghetti dan hiaskan dengan serbuk daun parsley sebagai hiasan jika suka.
  7. Selamat mencuba!

Resipi asal & gambar: My Resipi

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN