
Resipi soto ayam ini lengkap dengan bahan-bahan sampingan lain. Jadi, ia boleh dijadikan rujukan oleh anda yang mahu memasak menu istimewa buat tetamu.
Menu ini sesuai untuk semua majlis, tidak kira jamuan rumah terbuka, potluck, hingga majlis hari jadi, sup soto ini dijamin menjadi pujaan ramai.
Resipi ini dengan dengan kuah soto, begedil kentang rangup, kicap pedas dan pelbagai bahan sampingan lain seperti tauge, suhun goreng, ayam garing dan sebagainya. Jom cuba!
Baca juga: Resipi Sup Makaroni Ayam Simple & Cepat, Menu ‘Comfort Food’ Bila Rasa Tak Sedap Badan
RESIPI SOTO AYAM LENGKAP DENGAN BAHAN SAMPINGAN

Bahan untuk sup soto:
- Ayam (dipotong 4)
- Bawang holland, bawang putih dan halia (kisar halus)
- 3 sekawan (kayu manis, bunga lawang, cengkih)
- Serai (ketuk)
- Serbuk ketumbar & serbuk jintan putih
- Garam, gula, kiub pati ayam secukup rasa
- Tomato (potong empat)
- Akar ketumbar (jika ada)
Cara masak sup soto:
- Tumis 3 sekawan dan serai ketuk dalam sedikit minyak sehingga wangi.
- Masukkan bahan blend (bawang & halia), tumis hingga naik aroma sedap.
- Tambah serbuk ketumbar dan jintan putih, kacau rata.
- Masukkan ayam, air secukupnya, kiub ayam, garam dan gula.
- Bila ayam hampir masak, masukkan tomato dan bawang holland.
- Jika ada akar ketumbar, boleh masukkan untuk aroma lebih wangi.

Bahan untuk kicap pedas:
- Bawang putih & cili padi (kisar)
- Kicap lemak manis
- Minyak untuk menumis
Cara buat kicap pedas:
- Tumis bahan kisar bawang putih dan cili padi dalam sedikit minyak hingga wangi.
- Masukkan kicap lemak manis dan kacau sebati.
Bahan untuk begedil kentang:
- Kentang, buang kulit dan potong kecil
- Daun sup (cincang halus)
- Bawang goreng
- Serbuk pati ayam & serbuk lada hitam
- Telur (untuk celup sebelum goreng)
- Minyak untuk menggoreng
Cara buat begedil kentang:
- Goreng kentang hingga sedikit perang, kemudian angkat dan lenyek hingga hancur.
- Gaulkan dengan daun sup cincang, bawang goreng, serbuk pati ayam dan serbuk lada hitam.
- Bentuk bulat leper.
- Celup dalam telur, kemudian goreng dalam minyak sederhana panas supaya tidak hancur.

Bahan pelengkap lain:
- Ayam dari sup (goreng sekejap untuk garing, kemudian racik)
- Kacang tanah goreng
- Suhun goreng
- Tauge segar
- Campuran daun sup, daun bawang & daun ketumbar (hiris halus)
- Asam limau kasturi
- Telur rebus
- Ketupat nasi (boleh guna jenama sedia ada, rebus & sejukkan sebelum potong)
- Bihun (direbus & jirus air untuk elak melekat)
Cara penyediaan bahan pelengkap:
- Goreng sekejap ayam dari sup supaya sedikit garing, kemudian racik.
- Goreng suhun hingga rangup.
- Sediakan kacang tanah, tauge, telur rebus, ketupat dan bihun.
- Hidangkan sup dengan semua bahan pelengkap. Perahkan sedikit asam limau kasturi untuk rasa segar.
Sumber: Sis Auni
Baca juga: Bihun Sup Ayam Lembut Bersama Sambal Merah & Sambal Kicap, Menu Power Pengganti Nasi Hari Ini
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














