resepi sup makaroni

Kadang-kadang, diri kita atau anak-anak kurang selera nak makan nasi, terutama bila badan tak sihat. Resepi Sup Makaroni Ayam ini boleh jadi penyelamat! Ringan, berkhasiat dan yang penting sedap.

Sup makaroni ayam ini juga fleksibel. Boleh tambah sayur ikut selera, seperti lobak merah atau kubis untuk beri lebih nutrisi. Anak-anak pun senang nak makan sebab teksturnya lembut, kuah pula wangi dan mengenyangkan.

Selain tu, resipi ini cepat dan mudah. Tak perlu susah-susah beli bahan mahal atau perlukan teknik masakan yang rumit. Satu periuk pun dah cukup untuk makan beramai-ramai dan ia sesuai juga kalau nak bawa bekal ke sekolah atau kerja.

Baca juga: Rahsia Buat Mi Kari Yang ‘Berhantu’ Sedapnya, Kuah Pekat & Bahan-Bahan Meriah!

RESEPI SUP MAKARONI AYAM

resepi sup makaroni

Bahan-bahan:

  • 1 cawan makaroni (direbus hingga lembut)
  • 200–300g ayam (dipotong kecil)
  • 1 biji bawang besar holland (kulit oren) – separuh dikisar, separuh dipotong dadu
  • 5–6 hiris halia
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 kiub pati ayam
  • 1 paket sup bunjut (sekitar 15g)
  • Air secukupnya (anggaran 4–5 cawan)
  • Lobak merah atau kubis (ikut pilihan)
  • Serbuk lada hitam secukup rasa
  • Garam secukupnya

Bahan tambahan untuk lebih sedap:

  • Lada sulah
  • Bawang goreng
  • Lada jeruk

Cara-cara penyediaan:

  1. Kisar separuh bawang besar bersama bawang putih dan halia hingga lumat. Pastikan tak terlalu basah, lebih elok kalau agak kering sedikit.
  2. Panaskan sedikit minyak dalam periuk. Tumis bahan blend bersama bawang besar yang dipotong dadu sehingga naik bau dan sedikit perang, tapi jangan terlalu garing.
  3. Kacau sekejap hingga ayam berubah warna.
  4. Masukkan air, sup bunjut, kiub pati ayam dan lobak merah/kubis. Biarkan mendidih.
  5. Tambahkan serbuk lada hitam dan garam secukup rasa. Kacau rata. Kalau suka, boleh tambah sedikit lada sulah untuk aroma pedas ringan.
  6. Bila kuah sudah mendidih dan ayam lembut, masukkan makaroni yang telah direbus. Kacau perlahan supaya makaroni tidak hancur.
  7. Tabur bawang goreng dan lada jeruk jika mahu. Sup makaroni ayam siap untuk dinikmati!

Sumber: Facebook

Baca juga: Resepi Bakso Daging Homemade, Tekstur Kenyal & Tak Perlu Risau Bau Hamis

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN