Sememangnya terdapat pelbagai pilihan snek dan makanan ringan di pasaran.
Bagaimanapun, tidak semuanya menyihatkan kerana kebanyakannya mengandungi gula, bahan pengawet dan pewarna yang tidak bagus untuk tubuh badan.
Daripada membazir duit, apa kata anda cuba sendiri resepi snek granola di rumah seperti yang dikongsi oleh Siti Fazilah Jamaludin ini.
Granola adalah jenis makanan yang umumnya terdiri dari beberapa campuran gandum, buah kering dan kekacang, justeru ia amat sesuai bagi mereka yang cuba untuk menurunkan berat badan.
Bukan saja sesuai ditabur atas yogurt untuk sarapan atau dimakan bersama overnight oats, sesuai juga dimakan begitu sahaja sebagai ‘snacking’ sihat.
Bahan-bahannya juga mudah. Malah anda juga boleh mengolahnya mengikut cita rasa sendiri.
RESIPI SNEK GRANOLA
Bahan-bahan:
- 1/2 cawan minyak canola/minyak jagung/minyak olive oil/pure coconut oil (pastikan bukan minyak masak)
- 1/2 cawan madu
- Garam
- Serbuk kayu manis
- 3 cawan rolled oat
- 1/2 cawan kekacang pilihan (empunya resipi guna hirisan badam)
- 1/2 cawan sunflower seed (kuaci)
Cara-cara:
1. Dalam mangkuk, satukan minyak canola/jagung/olive oil/minyak kelapa tulen, madu serta taburkan garam dan serbuk kayu manis secukupnya. Kacau rata semuanya.
2. Kemudian tambah rolled oat, kekacang dan sunflower seed (kuaci). Kuantiti bahan ini bergantung pada anda, asalkan ia tersalut dengan bahan basah tadi.
3. Kuantiti bahan ini bergantung pada anda, asalkan ia tersalut dengan bahan basah tadi.
4. Lapik loyang dengan baking paper, ratakan granola di atas loyang.
5. Bakar pada suhu 180°C menggunakan api atas bawah selama 20 minit. Balik-balikkan supaya semuanya masak rata.
6. Nampak dah perang, boleh keluarkan.
7. Bila dah sejuk sikit, boleh tabur kismis, apricot atau cranberry bits.
8. Siap! Boleh makan begitu saja atau tabur atas yogurt untuk sarapan atau makan bersama overnight oat.
Kredit: Siti Fazilah Jamaludin