ayam percik pasar malam

Kalau mengidam nak makan ayam percik, mula-mula pasti akan teringat ayam percik pasar malam punya.

Nak buat sendiri pun tak susah mana kalau ada yang nak cuba. Lagi puas hati, boleh makan puas satu keluarga.

Kalau nak cuba, ikut saja resipi yang dikongsikan oleh Suisan Aliezsha di bawah. Menurutnya, ini resipi beliau buat niaga yang laku keras. Memang confirm sedap la kan!

RESIPI AYAM PERCIK PASAR MALAM

Bahan-bahan:

  • Ayam (cuci bersih)
  • Cili kering
  • Bawang putih
  • Baawang besar
  • Halia
  • Kunyit hidup
  • Serai
  • Ketumbar
  • Jintan manis
  • Garam dan gula secukupnya

Cara penyediaan:

  1. Mula-mula kisar bawang putih, bawang besar, halia, kunyit hidup dan serai. Ketepikan.
  2. Kemudian kisar halus jintan manis dan ketumbar pula.
  3. Panaskan kuali (tanpa minyak).
  4. Masukkan bahan-bahan dan tumis. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
  5. Kemudian masukkan ayam dan masak sehingga separuh masak. Padamkan api.
  6. Letakkan ayam atas stand stand dan renjiskan oluve oil. Guna minyak masak pun boleh.
  7. Bakar dalam air fryer pada suhu 200℃ selama 15 minit atau sampai masak. Boleh tambah masa jika ayam belum masak.
  8. Kalau guna oven, bakar pada suhu 180℃ selama 20 minit.

Bahan untuk kuah:

  • Cili kering
  • Bawang putih
  • Sos cili
  • Gula pasir
  • Gula merah
  • 1 sudu besar tepung jagung

Cara masak kuah:

  1. Kisar cili kering dan bawang putih.
  2. Panaskan minyak dalam kuali.
  3. Kemudian masukkan bahan kisar tadi dan tumis. Masukkan air sedikit dan kacau.
  4. Reneh sampai cili masak.
  5. Seterusnya masukkan sos cili, gula, air gula merah dan tepung jagung untuk pekatkan kuah.
  6. Kacau sehingga kuah pekat.
  7. Boleh rasa, dan pastikan garam dan gula cukup berasa.
  8. Kalau ada biji bijan, boleh masukkan sekali dalam kuah. Dah masak, tutup api.

Kredit: SuiSan Aliezsha

Baca juga: 6 Cara Masak Nasi Supaya Lambat Basi & Tahan Sampai 2 Hari

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN