sambal cili padi

Kalau sebut tentang ayam geprek, memang tak lengkap tanpa sambal yang pedas, harum dan menyerap rasa dalam setiap suapan. Sambal cili padi kampung ini antara versi paling mudah tetapi hasilnya cukup “kick” dan membuka selera, terutama untuk penggemar makanan pedas.

Menariknya, sambal ini menggunakan bahan asas yang memang selalu ada di dapur. Gabungan cili padi hijau, bawang merah dan belacan sudah cukup untuk menghasilkan rasa sambal yang padu walaupun cara penyediaannya sangat ringkas.

Rahsia kesedapan sambal ini terletak pada minyak panas yang diambil daripada gorengan ayam. Minyak ini bukan sahaja menambah aroma, malah membuatkan sambal lebih berlemak dan sedap bila digaul dengan nasi panas atau ayam geprek yang masih panas.

Baca juga: Rahsia Buat Sambal Hijau Ketagih, Cicah Ulam Atau Lauk Apa Pun Semua Jadi Sedap!

RESIPI SAMBAL CILI KAMPUNG PADU UNTUK AYAM GEPREK

sambal cili padi

Bahan-bahan:

  • Cili padi hijau
  • Bawang merah
  • Belacan
  • Limau nipis atau limau kasturi
  • Minyak panas daripada gorengan ayam
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa
  • Serbuk perasa (jika suka)

Cara-cara penyediaan:

  1. Kisar kasar cili padi hijau, bawang merah dan belacan. Jangan terlalu halus supaya tekstur sambal masih terasa.
  2. Panaskan sedikit minyak daripada gorengan ayam, kemudian tuangkan ke dalam bahan yang telah dikisar. Gaul rata sehingga sambal naik aroma.
  3. Tambahkan garam, gula dan sedikit Aji jika suka untuk seimbangkan rasa.
  4. Akhir sekali, perah limau nipis atau limau kasturi untuk beri rasa segar dan naikkan lagi aroma sambal.
  5. Gaul sebati dan sambal sedia dihidangkan bersama ayam geprek panas.

Sumber: Salbiyah Solihin

Baca juga: Resipi Stok Sambal Tumis Wajib Ada Dalam Peti, Nak Guna Tinggal Cedok Saja!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN