cara buat sambal hijau

Kalau anda hantu sambal, wajib cuba cara buat sambal hijau yang super sedap ini. Rasanya sampai ketagih! Buat satu bekas, beberapa hari saja terus habis licin.

Sambal hijau ini sesuai dicicah dengan ulam, dijadikan lauk sampingan, atau digandingkan dengan apa sahaja hidangan. Memang ngam semua!

Untuk mereka yang perut sensitif pada pedas, jangan risau! Kuantiti cili boleh disesuaikan mengikut cita rasa masing-masing. Selamat mencuba!

Baca juga: Resipi Stok Sambal Tumis Wajib Ada Dalam Peti, Nak Guna Tinggal Cedok Saja!

CARA BUAT SAMBAL HIJAU KETAGIH

cara buat sambal hijau

Bahan utama sambal hijau:

  • Udang bari – wajib ada, penyedap nombor satu untuk sambal ketagih yang lebih padu.
  • Minyak masak secukupnya.
  • Ikan bilis segenggam (digoreng sekejap)

Bahan ksaran A:

  • 3 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang holland saiz kecil
  • 5 biji bawang merah saiz syiling 20 sen
  • Segenggam ikan bilis yang digoreng sekejap tadi

Gunakan sedikit air supaya mesin pengisar dapat lumatkan bahan.

Bahan kisaran B:

  • 3 genggam cili padi hijau Thai (boleh kurangkan jika tidak mahu terlalu pedas)
  • 11 tangkai cili hijau besar
  • 2 tangkai daun ketumbar (jika tak suka aroma, boleh abaikan)

Bahan perisa:

  • Garam & gula secukup rasa
  • 2 kiub pati ikan bilis
  • 1 sudu kecil pes asam jawa

Cara masak sambal hijau:

  1. Panaskan minyak dalam kuali. Goreng 2 genggam kecil udang bari kurang seminit untuk naikkan aromanya. Kemudian goreng ikan bilis sekejap sahaja. Jangan sampai keras atau garing. Ketepikan udang bari yang sudah digoreng.
  2. Tumis bahan kisar A menggunakan minyak yang sama. Biarkan bawang naik bau dan kekuningan selama 4–5 minit.
  3. Masukkan bahan kisar B. Tumis selama 8 minit sambil dikacau supaya masak sekata dan pecah minyak.
  4. Masukkan bahan perisa (garam, gula, pati ikan bilis, pes asam jawa) dan terus tumis selama 2 minit lagi. Tutup api.
  5. Tunggu sambal suam sekejap, kemudian masukkan udang bari yang telah digoreng. Gaul rata.
  6. Biarkan sambal sejuk sebelum dipindahkan ke dalam bekas simpanan.

Cara simpan sambal hijau:

  1. Simpan dalam bekas kecil-kecil untuk penggunaan segera dalam 2 minggu, boleh tahan dalam peti sejuk chiller.
  2. Untuk simpanan lebih lama, masukkan sambal dalam freezer.

Sumber: Afy AL Habibi

Baca juga: Resipi Pes Sambal Berlado Ini Penyelamat Waktu Bulan Puasa, Campak Lauk Terus Siap!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN