Categories: Resipi

Resipi Sambal Burger Malaysia Yang Melimpah-Limpah, Tengok Pun Dah Buat Terliur!

Kalau suka burger Malaysia yang sambalnya melimpah, pekat dan pedas manis, resipi sambal burger Malaysia ini memang boleh cuba. Sambal ini menggunakan cili kering, ikan bilis, bawang serta beberapa bahan asas yang dimasak sehingga pecah minyak.

Rahsia sambal jadi lebih tahan lama adalah pada proses memasaknya. Cili perlu dimasak dengan api kecil sehingga agak kering sebelum bahan perasa dimasukkan, kemudian teruskan memasak sehingga sambal benar-benar pecah minyak.

Rasa sambal boleh disesuaikan mengikut selera masing-masing. Kalau suka sambal yang lebih manis dan pedas, sukatan gula atau cili boleh ditambah mengikut cita rasa. Bila dah siap, boleh terus digunakan untuk burger atau disimpan untuk kegunaan seterusnya.

Baca juga: Cara Buat Nasi Kak Wok Ala Kelantan, Resipi Mudah Dengan 3 Menu Pelengkap Wajib Ada!

RESEPI SAMBAL BURGER MALAYSIA YANG BANJIR & MELELEH

Bahan-bahan:

  • 1 cekak cili kering (dipotong, direbus dan dikisar)
  • ½ cekak ikan bilis (dikisar kasar)
  • 2 cawan gula
  • 2 sudu makan garam
  • 4 sudu makan cuka
  • Secubit asam jawa (dibancuh dengan sedikit air dan ditapis)
  • 4 labu bawang besar
  • 1 labu bawang putih
  • Air secukupnya untuk mengisar
  • Minyak masak secukupnya

Cara-cara penyediaan:

  1. Panaskan minyak masak dalam kuali. Jumlah minyak boleh disesuaikan mengikut cita rasa.
  2. Kisar bawang besar bersama bawang putih menggunakan sedikit air jika perlu. Masukkan bahan kisar ke dalam minyak yang telah panas.
  3. Tumis sehingga bawang naik bau dan mula masak. Kemudian masukkan cili kering yang telah dikisar.
  4. Kecilkan api dan biarkan sambal mendidih sehingga agak kering.
  5. Masukkan gula, garam, cuka, air asam jawa dan ikan bilis yang telah dikisar kasar.
  6. Teruskan memasak dengan api kecil sehingga sambal betul-betul pecah minyak.
  7. Perasakan dan tambah gula, garam atau cili mengikut kesesuaian. Jika suka sambal yang lebih pedas dan manis, boleh ubah rasa mengikut selera.
  8. Setelah sambal masak dan pecah minyak, tutup api dan biarkan sejuk sebelum disimpan.

Sumber: Surati Wahab

Baca juga: Rahsia Roti Lembut Sampai Berhari-Hari, Satu Doh Boleh Buat Pelbagai Jenis Roti!

Wan N

Recent Posts

OhBulan! Paling Viral Online 2.0 Buka Undian Top 15, Ini Senarai Calon Bagi 9 Kategori

OhBulan Paling Viral Online 2.0 (OBPVO 2.0) kini membuka fasa undian Top 15 bermula 2…

1 hour ago

Mi Sup Campur Bebola, Resipi Ringkas Tapi Aroma Tumisannya Buat Tak Sabar Nak Makan!

Hujan-hujan begini memang terasa nikmat kalau dapat makan semangkuk mi sup panas-panas. Tambah pula bebola…

1 hour ago

Chicken Mushroom Soup Homemade, Sekali Buat Terus Tak Pandang Sup Dalam Tin!

Chicken mushroom soup tak semestinya perlu dibeli dalam tin kerana anda boleh menyediakannya sendiri di…

3 hours ago

Resipi Kuih Lapis Labu Mudah, Tak Guna Tepung Gandum Tapi Tetap Lembut Kenyal!

Kuih lapis labu kuning antara kuih tradisional yang menarik untuk dicuba, lebih-lebih lagi buat penggemar…

5 hours ago

Kek Mentega Simple Guna Sukatan Cawan, Lembut Gebu & Harum Semerbak Satu Rumah!

Bau kek mentega yang sedang dibakar memang cukup menggoda! Harum semerbak mentega memenuhi ruang rumah,…

5 hours ago

Resipi Kepah Masak Cili Ala Thai, Tambah Cili Padi Kalau Nak Lebih Pedas Yang Memikat Selera!

Resepi kepah masak cili ala Thai ini sesuai untuk penggemar makanan laut yang sukakan hidangan…

6 hours ago