Categories: Resipi

Cara Buat Cekodok Ikan Bilis, Campur Sayur Lagi Sedap Sampai Tak Sedar Dah Habis!

Cara buat cekodok ikan bilis ini menghasilkan kudapan yang rangup di luar dengan isi yang padat dan berperisa. Gabungan ikan bilis bersama sayur memberikan rasa yang lebih menarik berbanding cekodok biasa.

Potongan lobak merah dan kentang memberikan tekstur yang lembut selepas digoreng, manakala bawang Holland menambahkan rasa manis semula jadi.

Hidangan ini sesuai dinikmati ketika minum petang bersama keluarga. Cekodok yang masih panas boleh dimakan begitu sahaja atau dicicah dengan sos pilihan untuk rasa yang lebih menyelerakan.

Baca juga: Cara Buat Cekodok Pisang Lain Dari Biasa, Tambah Kelapa Parut Rupanya Lagi Sedap!

CARA BUAT CEKODOK IKAN BILIS

Bahan-bahan:

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 biji bawang Holland, dipotong dadu
  • 1 batang lobak merah, dipotong dadu kecil
  • 1 biji kentang, dipotong dadu kecil
  • ½ cawan ikan bilis, dicincang kasar
  • 1 sudu kecil gula
  • 1 sudu kecil garam
  • 1½ cawan air
  • 2 tangkai daun sup, dihiris
  • 1 biji cili merah, dihiris, jika suka pedas

Cara-cara penyediaan:

  1. Masukkan bawang Holland, lobak merah, kentang, ikan bilis, daun sup dan cili ke dalam mangkuk.
  2. Masukkan tepung gandum, gula dan garam. Gaul hingga semua bahan sebati.
  3. Tuangkan air sedikit demi sedikit sambil dikacau sehingga menjadi adunan yang pekat dan mudah disudukan.
  4. Panaskan minyak dengan api sederhana.
  5. Sudukan adunan ke dalam minyak panas dan goreng sehingga cekodok berwarna keemasan serta masak di bahagian dalam.
  6. Angkat dan toskan minyak. Cekodok ikan bilis siap untuk dihidangkan.

Sumber: Threads atiqnatasya

Baca juga: Cekodok Pisang Resipi Tak Serap Minyak, Rupanya Nisbah Ini Buat Luar Rangup

Izzati

Recent Posts

OhBulan! Paling Viral Online 2.0 Buka Undian Top 15, Ini Senarai Calon Bagi 9 Kategori

OhBulan Paling Viral Online 2.0 (OBPVO 2.0) kini membuka fasa undian Top 15 bermula 2…

37 mins ago

Mi Sup Campur Bebola, Resipi Ringkas Tapi Aroma Tumisannya Buat Tak Sabar Nak Makan!

Hujan-hujan begini memang terasa nikmat kalau dapat makan semangkuk mi sup panas-panas. Tambah pula bebola…

44 mins ago

Chicken Mushroom Soup Homemade, Sekali Buat Terus Tak Pandang Sup Dalam Tin!

Chicken mushroom soup tak semestinya perlu dibeli dalam tin kerana anda boleh menyediakannya sendiri di…

2 hours ago

Resipi Kuih Lapis Labu Mudah, Tak Guna Tepung Gandum Tapi Tetap Lembut Kenyal!

Kuih lapis labu kuning antara kuih tradisional yang menarik untuk dicuba, lebih-lebih lagi buat penggemar…

4 hours ago

Kek Mentega Simple Guna Sukatan Cawan, Lembut Gebu & Harum Semerbak Satu Rumah!

Bau kek mentega yang sedang dibakar memang cukup menggoda! Harum semerbak mentega memenuhi ruang rumah,…

4 hours ago

Resipi Kepah Masak Cili Ala Thai, Tambah Cili Padi Kalau Nak Lebih Pedas Yang Memikat Selera!

Resepi kepah masak cili ala Thai ini sesuai untuk penggemar makanan laut yang sukakan hidangan…

5 hours ago