Categories: Resipi

Rahsia Kacang Tanah Rangup, Nampak Biasa Tapi Teknik Goreng Ini Ramai Terlepas Pandang!

Resepi kacang tanah goreng rangup sebenarnya mudah saja. Tak perlu bahan yang banyak, cuma kena tahu cara goreng dan bila masa yang sesuai untuk angkat kacang dari kuali.

Ramai yang tunggu sampai kacang nampak betul-betul perang sebelum diangkat. Padahal, kacang masih akan terus masak dan menjadi lebih garing selepas dikeluarkan daripada minyak.

Kalau nak buat stok kacang goreng untuk kudap-kudap atau kisar menjadi kuah kacang pecal, ikut beberapa langkah mudah ini supaya kacang masak sekata, wangi dan kekal rangup.

Baca juga: Petua Pilih Tomato, Yang Merah Oren Tanda Dah Masak & ‘Topi’ Hijau Tanda Isi Padat

RESEPI KACANG TANAH GORENG RANGUP

Bahan-bahan:

  • Kacang tanah
  • Minyak untuk menggoreng

Cara-cara:

  1. Pilih kacang tanah yang elok. Buang kacang yang rosak, hitam atau berubah warna.
  2. Panaskan minyak dalam kuali dengan api sederhana.
  3. Masukkan kacang tanah dan goreng sambil dikacau selalu supaya warnanya masak sekata.
  4. Goreng sehingga kacang bertukar kepada warna perang keemasan. Jangan tunggu sehingga terlalu gelap kerana kacang masih akan terus garing selepas diangkat.
  5. Angkat kacang dan toskan minyak dengan baik.
  6. Biarkan kacang sejuk sepenuhnya sebelum disimpan dalam bekas kedap udara atau dikisar untuk dijadikan kuah kacang pecal.

Tip goreng kacang tanah:

  • Gunakan kacang tanah yang elok dan asingkan kacang yang rosak atau hitam.
  • Gunakan api sederhana supaya kacang masak hingga ke dalam tanpa cepat hangus.
  • Kacau kacang selalu supaya warnanya sekata.
  • Angkat sebaik sahaja kacang bertukar perang keemasan kerana ia akan terus masak selepas dikeluarkan daripada minyak.
  • Untuk dibuat kuah kacang, pastikan kacang benar-benar sejuk sebelum dikisar.

Sumber: Azizah Faizanfalil

Baca juga: Cara Rebus Ubi Madu Cameron, Ikut Petua Ini Supaya Cepat Empuk Dan Sedap Dimakan

Wan N

Recent Posts

Ramai Suka Makan Ketam, Tapi Tahukah Anda Ada Jenis Ketam Haram Dimakan Menurut Islam?

Ketam memang menjadi makanan laut kegemaran rakyat Malaysia, sama ada dimasak sambal, masak lemak cili…

3 hours ago

Cara Pilih Saiz Loyang Kek Yang Sesuai Mengikut Jumlah Hidangan, ‘Beginner’ Wajib Tahu!

Baru belajar membuat kek dan masih keliru nak pilih saiz loyang yang sesuai? Ada loyang…

5 hours ago

8 Tips Popia Goreng Kekal Rangup & Tak Berminyak Walaupun Dah Sejuk, Ini Rahsianya!

Popia goreng memang paling sedap apabila kulitnya garing dan rangup ketika digigit. Namun, masalah yang…

6 hours ago

Kek Pisang Coklat Moist Ini Memang Wajib Cuba! Hasilnya Lembut, Lembab & Kaya Rasa Coklat

Ada pisang berangan yang sudah masak di rumah? Apa kata cuba resipi kek pisang coklat…

6 hours ago

Paru Crispy Rangup & Tak Mudah Lemau, Ini 5 Langkah Mudah Wajib Ikut!

Paru crispy yang rangup dan berperisa memang sedap dimakan bersama nasi panas. Namun, ada beberapa…

6 hours ago

Tak Cukup Sebiji! Buat Roti Blueberry Ala Bakeri Ini… Inti Cream Cheese & Ada Crumble Rangup

Roti blueberry sesuai dijadikan pilihan untuk minum petang bersama keluarga. Dengan tekstur roti yang lembut…

7 hours ago