Categories: Resipi

Rahsia Roti Lembut Sampai Berhari-Hari, Satu Doh Boleh Buat Pelbagai Jenis Roti!

Kalau sedang mencari resipi roti yang boleh dibuat untuk sarapan atau bekal anak ke sekolah, boleh cuba resipi ini. Menariknya, satu doh yang sama boleh diolah menjadi tiga jenis roti iaitu roti pizza, roti sosej dan roti inti coklat.

Doh roti ini juga sesuai dibuat dalam beberapa bentuk mengikut inti dan topping yang ada di rumah. Untuk roti sosej, boleh letakkan sos dan mayonis, manakala roti pizza pula boleh ditambah sosej, crabstick dan keju cheddar.

Bagi yang suka roti berinti manis, versi inti coklat dengan dark chocolate chip memang mudah untuk disediakan. Selepas dibakar, roti sedap dinikmati ketika masih suam dan boleh dijadikan pilihan untuk bekal anak.

Baca juga: Resepi Roti Bun Inti Buttermilk, Gebu Dan Lembut, Sekali Cuba Terus Nak Buat Lagi

RESIPI ROTI LEMBUT, SESUAI UNTUK 3 JENIS ROTI

Bahan-bahan doh:

  • 3 cawan tepung gandum
  • 3 sudu besar gula pasir
  • 1 sudu besar yis kering
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 cawan air biasa
  • 2 sudu besar butter atau marjerin
  • Minyak secukupnya

Bahan inti roti coklat:

  • Dark chocolate chip secukupnya

Bahan roti sosej:

  • Sosej secukupnya
  • Mayonis
  • Sos cili atau sos tomato
  • Parsley
  • Kuning telur untuk sapuan

Topping roti coklat:

  • 1 biji kuning telur
  • Bijan secukupnya

Bahan topping roti pizza:

  • Sosej secukupnya
  • Sos rasto atau sos cili
  • Crabstick
  • Keju cheddar

Bahan bun pizza:

  • Sosej secukupnya
  • Mayonis secukupnya
  • Sos cili atau sos tomato
  • Keju cheddar, diparut

Cara-cara penyediaan:

  1. Masukkan air, yis dan gula ke dalam mangkuk. Kacau sebati dan biarkan selama 15 minit.
  2. Masukkan tepung gandum, garam dan butter atau marjerin. Uli seketika, kemudian biarkan doh selama 15 minit.
  3. Masukkan minyak dan uli seketika. Biarkan doh selama 45 minit hingga 1 jam atau sehingga mengembang.
  4. Apabila doh sudah mengembang, tumbuk perlahan untuk mengeluarkan angin.
  5. Bahagikan doh kepada beberapa bahagian. Untuk roti sosej, bahagikan kepada 4 bahagian dengan berat kira-kira 40 hingga 42 gram setiap satu. Untuk roti coklat pula, bahagikan kepada 4 bahagian dengan berat kira-kira 50 gram setiap satu. Baki doh digunakan untuk membuat roti pizza.
  6. Untuk roti pizza, masukkan doh ke dalam loyang dan leperkan. Letakkan topping pizza di atas doh.
  7. Untuk roti sosej, leperkan doh dan masukkan sosej. Bentukkan mengikut bentuk yang disukai. Susun di atas lapik dan biarkan selama 30 minit sebelum diletakkan topping.
  8. Untuk roti inti coklat, leperkan doh dan masukkan dark chocolate chip. Bulatkan doh dan masukkan ke dalam lapik. Biarkan selama 30 minit sebelum diletakkan topping.
  9. Biarkan semua roti mengembang lagi selama 30 minit sebelum dibakar.
  10. Panaskan ketuhar terlebih dahulu. Bakar roti pada suhu 190°C selama 20 hingga 25 minit, bergantung pada ketuhar masing-masing.
  11. Setelah masak, keluarkan roti dan biarkan seketika sebelum dinikmati. Roti paling sedap dimakan ketika masih suam.

Sumber: Noor Suhadha

Baca juga: Resipi Shio Pan, Roti Viral Rangup Di Luar, Berongga & Lembut Bermentega Di Dalam!

Wan N

Recent Posts

Seaweed Pasta Viral, Spaghetti Sos Rumpai Laut Dengan Udang Yang Ramai Nak Cuba!

Seaweed pasta merupakan hidangan pasta yang menggabungkan rasa rumpai laut, bijan panggang dan keju Parmesan…

13 hours ago

Resipi Spageti Aglio Olio Udang, Tambah Sayur Berwarna-Warni Baru Lebih Menyelerakan!

Kalau dah bosan makan spageti dengan sos yang sama, apa kata cuba resipi spageti aglio…

14 hours ago

Resipi Kek Coklat Moist Bakar, Tak Perlu Kukus Pun Tetap Lembap & Gebu!

Kalau suka kek coklat yang lembap, gebu dan kaya dengan rasa coklat, resipi kek coklat…

15 hours ago

Pernah Bayangkan Wajah Anda Muncul Di Skrin Gergasi Kuala Lumpur? Big Tree Jadikannya Realiti!

Bayangkan wajah sendiri tiba-tiba muncul pada skrin digital gergasi di tengah Kuala Lumpur! Pengalaman unik…

17 hours ago

Agar Agar Cendol Santan Berlapis, Lemak Berkrim Dengan Manis Gula Melaka!

Kalau suka pencuci mulut tradisional, resipi agar agar cendol santan ini memang wajib dicuba! Gabungan…

19 hours ago

Resipi Daging Masak Hitam Berempah, Perap Dengan Rempah Sangai Barulah Lagi Wangi!

Daging masak hitam berempah antara hidangan yang sesuai dijadikan lauk untuk makan tengah hari atau…

19 hours ago