Categories: Resipi

Sardin Je Ada? Jangan Risau, Tukar Jadi Kari! Resipi Sardin Kari Ini Memang Buat Nasi Bertambah!

Resipi Sardin Kari sesuai untuk anda yang sudah tidak tahu nak makan apa. Kalau sardin biasa sudah mula terasa bosan, cuba ubah menjadi lauk yang lebih berkuah dan mengenyangkan.

Kuahnya yang pekat mempunyai rasa pedas dan sedikit masam, menjadikan hidangan ini lebih menyelerakan. Ianya juga paling sesuai dinikmati bersama nasi putih panas untuk makan malam.

Jadi, tak perlu pening fikir lauk apa untuk dimasak. Jika ada sardin dalam tin di dapur, resipi ini boleh menjadi pilihan mudah untuk hidangan seisi keluarga.

Baca juga: Resipi Risoles Sardin, Luarnya Rangup Bila Digigit & Dalamnya Penuh Inti… Confirm Tak Cukup Sebiji!

RESIPI SARDIN KARI

Bahan-bahan:

  • Minyak masak secukupnya
  • 1 sudu kecil biji ketumbar
  • 1 sudu kecil jintan manis
  • 1 sudu kecil jintan putih
  • 1 biji bawang merah, dihiris
  • 2 biji tomato, 1 dipotong dadu dan 1 dipotong biasa
  • 1 genggam daun kari
  • 1 inci halia, dihiris
  • 2 sudu besar serbuk kari ikan
  • 1 sudu besar serbuk cili
  • 1 mangkuk besar air
  • 1 tin sardin
  • 3 biji cili padi
  • 1 sudu besar air asam jawa
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil perasa

Cara-cara penyediaan:

  1. Panaskan minyak dalam kuali.
  2. Tumiskan biji ketumbar, jintan manis, jintan putih, daun kari, bawang merah, tomato dadu dan halia hingga naik bau.
  3. Masukkan serbuk kari ikan dan serbuk cili. Gaul sehingga rempah masak dan pecah minyak.
  4. Masukkan sedikit kuah daripada tin sardin, cili padi, air asam jawa, garam, serbuk perasa dan air. Kacau sebati.
  5. Masukkan tomato yang dipotong dan sardin. Gaul perlahan supaya sardin tidak hancur.
  6. Biarkan sehingga kuah mendidih dan sebati.
  7. Kari sardin siap untuk dihidangkan bersama nasi panas.

Sumber: Threads @sweetblooming_

Baca juga: Resipi Sambal Sardin Belimbing Buluh, Ikan Digoreng Dulu Barulah Rasanya Lagi ‘Umph’!

Izzati

Recent Posts

Ayam Masak Santan Dengan Sentuhan Limau, Kuah Lemak Berkrim Pula Buat Makin Sedap!

Bosan dengan menu ayam yang dimasak dengan cara sama? Apa kata cuba pula resipi ayam…

28 minutes ago

Resipi Mi Bandung Simple Tapi Pekat, Kuahnya Memang Sedap Sampai Hirup Licin!

Terasa nak makan mi Bandung yang sedap tetapi malas nak keluar rumah? Apa kata cuba…

1 hour ago

Rahsia Kuetiau Goreng Lebih Sedap, Rupanya Tumis Tomato Sampai Layu Jadi Kunci Rasa Umami!

Kuetiau goreng merupakan antara hidangan yang sesuai dijadikan pilihan untuk sarapan pagi. Walaupun menggunakan bahan…

2 hours ago

Resepi Kuih Lapis Sukatan Cawan, Lembut Berkilat Dan Cantik Berlapis Kejadiannya

Kuih lapis antara kuih tradisional yang ramai gemari kerana teksturnya yang lembut, kenyal dan berlemak…

2 hours ago

Resipi Cinnamon Roll Dengan Cheese Frosting, Bau Harum Kayu Manis Semerbak Satu Rumah!

Cinnamon roll merupakan sejenis roti manis yang terkenal dengan aroma kayu manis serta gulungan doh…

4 hours ago

Resepi Sayur Bayam Ala Banchan Korea Tanpa Perlu Ditumis, Wangi Semerbak Minyak Bijan!

Resepi sayur bayam ala banchan Korea ini merupakan hidangan sampingan yang sering melengkapkan sajian di…

22 hours ago