roti john guna terung

Resipi roti john guna terung. Menu rendah karbo yang enak dan mudah untuk disediakan. Salah satu hidangan sesuai bagi anda yang sedang mengamalkan diet bagi menurunkan berat badan.

Menurut empunya resipi, saudari Noorul Izzah Marzuki, menu ini adalah salah satu menu rendah karbohidrat yang diamalkan oleh beliau dan suami semasa proses menurunkan berat badan dari 130kg ke 65kg manakala suaminya dari 195kg ke 85kg.

Bahkan mereka juga berjaya mengawal diabetes dan juga tekanan darah tinggi. Wow, Boleh dicuba ni. Jom lihat cara-caranya.

ROTI JOHN GUNA TERUNG

Bahan-bahan:

  • 1 biji terung panjang (potong memanjang)
  • 1 homemade beef patty/daging burger
  • 3 biji telur
  • Garam pink himalaya
  • Serbuk black pepper
  • Sedikit daun ketumbar
  • Sayuran/kubis

Cara-cara:

1. Hancurkan dan masakkan sekejap beef patty/daging burger di atas pan.

2. Bancuh telur dengan serbuk blackpepper, garam, daun ketumbar. Kemudian masukkan beef patty hancur yang dimasakkan sebentar tadi (nak letak apa² rempah atau serbuk kari pun boleh je). Ketepikan.

3. Panaskan sedikit butter di atas pan, tabur garam dan black pepper, gril kan terung yang dipotong memanjang sehingga masak. Ketepikan.

4. Tuangkan adunan telur atas pan, ratakan. Bila dah masak bahagian bawah, ambil potongan terung yang dah digrillkan tadi, tampalkan atas telur yang sedang dimasak atas pan.

5. Terbalikkan terung sebentar, kemudian boleh diangkat. Boleh letak mayonis (kewpie merah) dan sayuran/kubis.

Selamat mencuba!

Kredit: Noorul Izzah Marzuki

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN