PENULIS

myResipi

KATEGORI

Artikel

POSTED ON

2020-08-16 16:12:53

Pagi-pagi ke tempat kerja mesti sesekali kita tidak sempat untuk bersarapan di rumah. Macam-macam perlu diuruskan termasuklah persiapan anak-anak ke sekolah, ada saja ragam mereka di pagi hari. Oleh itu, ibu-ibu di rumah boleh lah mencuba resipi Risoles Daging Cheese ini sebagai bekal sarapan untuk ke pejabat nanti. Mudah saja caranya dan tidak perlu mengambil masa yang lama untuk membuatnya. Di samping itu, ibu-ibu juga boleh bekalkan hidangan in untuk anak-anak ke sekolah. Jom ikuti perkongsian resipi ini daripada Asmawaty N Sofian menerusi laman Facebook.


Kredit: Asmawaty N Sofian

Bahan-bahan:

  • 300g daging
  • 100g serbuk Roti
  • 2 biji telur
  • 1 biji kentang
  • 5 batang sosej
  • 6 keping kulit popiah
  • Sedikit garam
  • Sedikit serbuk lada hitam
  • Sedikit serbuk perasa
  • Mozzarela Cheese (diparut)
     

Cara-cara:

 

  1. Rebuskan kentang selama 5 minit atau sehingga cukup empuk. Jangan rebus terlalu lama untuk mengelakkan kentang terlebih lembik.


    Kredit: Flickr
     

  2. Potong kentang dan sosej kepada bentuk yang diingini. Kemudian, panaskan kuali dan tumiskan bahan-bahan yang disediakan tadi.


    Kredit: Coastlinesurfsystem
     

  3.  Letakkan sedikit lada hitam, garam & serbuk perasa.


    Kredit: Thecommentator 
     

  4. Letakkan kulit popiah diatas pinggan. Lepas itu letak daging & sosej yang ditumis tadi di atas kulit popiah. Buat dalam keadaan memanjang.


    Kredit: Butterkicap
     

  5. Taburkan mozzarela cheese ikut kemahuan anda. Lipat dan gulung risoles yang telah siap digulung


    Kredit: Supplybunny
     

  6. Kemudian, salut risoles itu dengan telur yang telah dipukul dan lumurkan ia di serbuk roti


    Kredit: BudgetBytes
     

  7. Goreng dalam 2 ke 3 minit dengan api yang sederhana supaya ianya tidak cepat hangit.


    Kredit: Dapur Kayka

 

Siap untuk dibekalkan! Selepas ini ibu-ibu bekerja tak perlu lagi mengikat perut sebab tak sempat bersarapan pagi. Risoles Daging Cheese ini sesuai untuk dijadikan bekal sarapan ke tempat kerja dan juga ke sekolah. Selamat mencuba!


Kredit: Asmawaty N Sofian

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN