
Sedapnya dapat makan puding laici berkuah ini untuk berbuka puasa nanti. Letak dalam peti dan makan sejuk-sejuk, nikmatnya memang lain macam!
Bukan setakat budak-budak, orang dewasa pun akan suka pencuci mulut ini. Selain itu, ia juga sesuai dijadikan manisan selepas solat tarawih.
Baca juga: Resipi Puding Kastard Tiramisu, Makan Sejuk-Sejuk Baru ‘Best’!
RESEPI PUDING LAICI BERKUAH

Bahan-bahan:
- 10 gram serbuk agar-agar
- 8 cawan air (saya guna cawan kopi)
- 1 ¾ cawan gula pasir
- 1 tin susu cair
- 2 tin laici dalam tin
Cara-cara:
- Masak air dan gula hingga mendidih dalam satu periuk.
- Selepas sudah mendidih, masukkan pula serbuk agar-agar dan ½ cawan air dari laici tin. Kacau rata.
- Bila sudah mendidih dengan kuat, masukkan susu cair dan biarkan mendidih sekali lagi, kemudian tutup api.
- Tuangkan larutan puding ke dalam jag supaya lebih mudah dituangkan ke dalam bekas plastik (saya guna bekas plastik SQ250).
- Tuang puding ke dalam bekas pilihan. Bila puding mula mengeras, taburkan buah laici yang telah dicarik-carik di atasnya.
- Setelah puding mengeras sepenuhnya, tuangkan baki air laici tin ke atas permukaan puding.
- Akhir sekali, simpan dalam peti sejuk sebelum dihidangkan dan sedia untuk dinikmati.
Sumber resipi dan gambar: Mariana Zainal
Baca juga: Resipi Puding Karamel Yang Lembut & Sedap Tanpa Bau Telur, Ini Rahsianya!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














