Categories: Resipi

Resipi Puding Jagung Kastard ‘Creamy’, Senang Saja Buat & Confirm Menangi Hati Semua!

Resipi Puding jagung kastard adalah salah satu pencuci mulut yang tidak pernah gagal memikat hati ramai. Rasanya yang manis, lembut dan berkrim menjadikannya pilihan utama untuk dinikmati sejuk-sejuk dari peti sejuk. Teksturnya yang halus juga membuatkan ia sesuai untuk semua peringkat umur, daripada kanak-kanak hingga dewasa.

Cara penyediaan puding jagung ini sangat mudah diikuti walaupun untuk pemula. Hanya dengan mencampur beberapa bahan asas dan memasaknya dalam periuk sambil dikacau, anda sudah boleh menghasilkan puding yang sedap dan cantik. Tiada teknik rumit atau bahan sukar didapati, jadi sesuai untuk disediakan di rumah bila-bila masa.

Selain dinikmati sendiri, puding jagung kastard juga sesuai dijadikan hidangan untuk tetamu atau sebagai pencuci mulut ketika majlis kecil. Anda boleh hidangkan begitu sahaja atau ditambah dengan taburan jagung manis, kismis atau sedikit krim untuk kelainan. Pasti setiap suapan meninggalkan rasa creamy yang memikat!

Baca juga: Nampak Macam Puding Karamel Biasa Tapi Resipi ‘Quesillo’ Ini Berbeza, Tekstur Lebih Berkrim!

RESIPI PUDING JAGUNG KASTARD

Bahan-bahan:

  • 1 ½ cawan tepung kastard
  • 3 cawan air
  • 1 tin jagung (boleh gunakan cream corn atau jagung biasa)
  • 1 ½ cawan gula
  • 1 tin susu sejat

Cara-cara penyediaan:

  1. Campurkan tepung kastard dengan air hingga sebati.
  2. Masukkan jagung, gula dan susu sejat ke dalam campuran tadi.
  3. Masak dengan api kecil sambil kacau sehingga adunan menjadi pekat dan sebati.
  4. Tuang ke dalam bekas pilihan dan biarkan sejuk sebelum dihidang.
  5. Hasilnya puding jagung kastard yang creamy, lembut dan lazat. Sangat sesuai untuk dinikmati sejuk-sejuk, terus dari peti sejuk.

Tips Tambahan:

  • Untuk rasa lebih manis dan berkrim, boleh tambah sedikit esen vanila.
  • Gunakan cream corn jika ingin tekstur lebih pekat dan rasa jagung lebih menonjol.
  • Hidangkan dengan taburan jagung manis atau kismis untuk kelainan.

Sumber: Nyssa Kamal

Baca juga: Resipi Puding Gula Melaka, Tak Letak Telur Tapi Teksturnya Tetap Berlemak & Kurang Muak

Wan N

Recent Posts

Tips Chili Oil Tahan Lama, 6 Bulan Masih Elok Walaupun Disimpan Pada Suhu Bilik!

Petua chili oil tahan lama antara perkara yang sering dicari, terutama bagi mereka yang gemar…

10 hours ago

Resipi Kuetiau Hong Kong Dengan Kuah Pekat & Aneka Lauk, Buat Sendiri Di Rumah Lagi Puas!

Kuey teow Hong Kong antara menu yang menjadi pilihan ramai apabila teringin menikmati hidangan mi…

10 hours ago

Resipi Creamy Udon Pedas Ikut Tekak Melayu, Letak Pula Chili Oil Memang Puas Makan!

Ada kalanya, menu makan malam yang berbeza daripada kebiasaan boleh menaikkan selera selepas seharian sibuk…

11 hours ago

Serabai Istimewa Penang Kini Tersenarai Dalam MICHELIN Bib Gourmand 2027, Beroperasi Sejak 1975!

Kuih serabai mungkin nampak seperti hidangan tradisional biasa, tetapi sajian warisan ini berjaya mendapat perhatian…

12 hours ago

Resipi Ikan Bilis Sambal Goreng, Jangan Gaul Ketika Masih Panas Kalau Nak Kekal Rangup!

Resipi ikan bilis sambal goreng antara hidangan yang mudah disediakan dan sesuai dijadikan stok lauk…

13 hours ago

Kebaikan Kimchi Untuk Kesihatan, Rupanya Bukan Sekadar Untuk Lawas…Otak Pun Dapat Manfaat!

Kimchi merupakan makanan tradisional Korea yang diperbuat daripada kubis Cina melalui proses fermentasi. Selain rasanya…

14 hours ago