
Petang-petang memang sedap kalau dapat menikmati pencuci mulut yang lembut dan berlemak. Puding gula melaka antara resipi mudah yang sesuai dicuba.
Versi tanpa telur ini lebih ringkas dibuat serta sesuai untuk semua peringkat umur. Teksturnya juga halus dan tidak muak, lebih nikmat jika dimakan sejuk-sejuk.
Gabungan puding susu berlemak dengan air gula melaka yang wangi menjadikan hidangan ini sesuai dijadikan pencuci mulut selepas makan. Jom cuba!
Baca juga: Resipi Puding Karamel Pandan Tanpa Guna Telur, Lagi Ringan & Tak Perlu Kukus!
RESEPI PUDING GULA MELAKA TANPA TELUR

Bahan-bahan puding:
- 1 tin susu cair
- 1 1/2 cawan susu full cream
- 1 1/2 cawan air
- 3 sudu besar gula
- 2 sudu besar tepung kastard
- 10g agar-agar kosong (1 paket)
Bahan-bahan gula melaka:
- 200g gula melaka (nisan), dicincang
- 1 cawan air
- Daun pandan
Cara-cara memasak:
- Masukkan semua bahan puding ke dalam periuk dan kacau sehingga sebati sebelum membuka api.
- Masak di atas dapur dengan api sederhana sambil sentiasa dikacau sehingga adunan menjadi berkilat dan sedikit pekat. Tutup api dan ketepikan.
- Tuangkan adunan puding ke dalam acuan pilihan.
- Sejukkan di dalam peti sejuk selama 3 hingga 4 jam atau sehingga puding mengeras.
- Dalam periuk lain, satukan gula melaka, air dan daun pandan ke dalam periuk.
- Masak sehingga gula melaka larut sepenuhnya dan kuah menjadi sedikit pekat. Tapis jika perlu untuk buang kotoran. Ketepikan.
- Keluarkan puding daripada acuan dan tuangkan air gula melaka di atasnya sebelum dihidangkan.
Sumber: Nur Zafirah
Baca juga: Resipi Puding Buih Berkuah, Rasa Lemak Manis & Cair Dalam Mulut!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














