
Resepi Quesillo ialah pencuci mulut berbentuk puding karamel yang berasal dari Venezuela. Walaupun namanya bermaksud “keju kecil, walaupun resepi tradisionalnya tidak semestinya mengandungi keju. Tetapi dinamakan begitu kerana teksturnya yang lembut, padat dan berkrim menyerupai keju.
Dari masa ke masa, masyarakat Venezuela menambah baik resepi quesillo ini dengan penggunaan susu pekat serta teknik masakan perlahan. Hasilnya, quesillo mempunyai rasa yang lebih kaya, tekstur lebih licin dan lapisan caramel yang cantik berbanding puding karamel biasa.
Keistimewaan quesillo terletak pada kawalan adunan dan suhu semasa memasak. Adunan tidak dipukul kuat untuk mengelakkan tekstur berongga, manakala kaedah water bath dan proses penyejukan membantu menghasilkan kastard yang lembut, berkrim dan kemas bila dipotong.
Baca juga: Puding Karamel Sedap Tanpa Telur & Tak Perlu Kukus, Cantik Berkilat Kejadiannya
RESEPI QUIESILLO

Bahan karamel:
- Gula pasir 200 g (lebih kurang 1 cawan)
- Air panas 60 ml (¼ cawan, pilihan – untuk caramel lebih cair dan berkilat)
Cara buat karamel:
- Masukkan gula ke dalam loyang atau kuali. Panaskan dengan api sederhana kecil tanpa mengacau.
- Apabila gula cair dan bertukar warna amber gelap, tutup api.
Jika suka caramel yang lebih cair, tuangkan air panas dan kacau dengan cepat. - Terus tuang karamel ke dasar loyang dan pusingkan loyang supaya rata. Ketepikan.
Tip: Jangan biarkan caramel terlalu gelap kerana rasanya akan pahit. Warna amber pekat sudah cukup seimbang.
Bahan kastard:
- Telur gred A 6 biji
- Susu cair penuh krim 500 ml (2 cawan)
- Susu pekat manis 200 g (½ cawan)
- Krim keju 150 g (suhu bilik )
- Ekstrak vanila 2 sudu kecil
- Garam ¼ sudu kecil
Cara buat kastard:
- Masukkan telur, susu cair, susu pekat, cream cheese, vanila dan garam ke dalam blender atau mangkuk besar.
- Kisar perlahan selama 20–30 saat sahaja atau pukul menggunakan whisk hingga sebati.
Tip penting: Jangan kisar terlalu lama kerana udara berlebihan akan menyebabkan kastard berlubang dan teksturnya kasar.
Cara bakar:
- Balut bahagian luar loyang dengan aluminium foil. Letakkan loyang dalam dulang besar dan tuangkan air panas sehingga paras separuh tinggi loyang.
- Teknik water bath membantu mengawal suhu supaya kastard masak secara perlahan dan sekata. Kaedah ini mengelakkan kastard mengecut, berkedut atau menjadi berongga.
- Bakar pada suhu 170°C selama 60-70 minit menggunakan api atas dan bawah.
- Quesillo siap apabila bahagian tepi sudah set, tetapi bahagian tengah masih sedikit bergegar bila digoyang.
- Biarkan quesillo sejuk pada suhu bilik. Simpan dalam peti sejuk minimum 6 jam atau semalaman.
Lurut tepi dengan pisau nipis, kemudian terbalikkan ke atas pinggan hidang.

Tekstur yang betul:
- Licin dan berkilat
- Padat berkrim, bukan seperti jeli
- Karamel cair cantik di sekeliling
- Tiada lubang besar
Tanda sudah masak sempurna:
- Bahagian tepi sudah pejal
- Bahagian tengah masih bergegar lembut
- Tidak perlu tunggu hingga keras
Tip: Kastard akan mengeras dengan sempurna selepas disejukkan.
Cara simpan:
- Simpan dalam peti sejuk selama 3–4 hari
- Tutup rapat supaya tidak menyerap bau
- Jangan biarkan lama pada suhu bilik
Tip: Lagi lama disejukkan, lagi cantik potongannya.
Beza Resepi Quesillo Dan Puding Karamel
Resepi quesillo lebih berkrim dan padat kerana penggunaan cream cheese serta nisbah susu yang lebih kaya.
Puding karamel biasa:
- Tekstur lebih ringan
- Kurang lemak
- Mudah berair
Quesillo:
- Rasa lebih mewah
- Potongan kemas dan cantik
- Tidak mudah hancur
Resipi Quesillo ini nampak ringkas, tetapi bila dibuat dengan tenang dan ikut langkah yang betul, hasilnya memang licin, cantik dan terasa seperti pencuci mulut premium.
Sumber: Madam Rose Sha
Baca juga: Kek Coklat Puding Karamel Versi Kukus, ‘Moist’ Sangat Sampai Cair Di Mulut
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














