
Kadang-kadang bila bangun pagi, nampak roti masih banyak berbaki dalam plastik. Daripada dibiarkan begitu sahaja, lebih baik kita tukarkan menjadi puding roti air fryer yang lembut dan menyelerakan.
Cara buat puding roti ini memang mudah dan pantas. Tak perlu guna oven, hanya masukkan ke dalam air fryer dan dalam masa 8 minit sahaja sudah masak. Bau harum semerbak satu dapur, anak-anak pun pasti tak sabar menunggu untuk merasa.
Paling best, bahan-bahannya ringkas dan kebanyakannya memang sudah ada di dapur. Jom cuba resipi puding roti air fryer yang lembut, berkrim dan sedap dimakan bersama sos kastard yang pekat ini.
Baca juga: Nampak Macam Puding Karamel Biasa Tapi Resipi ‘Quesillo’ Ini Berbeza, Tekstur Lebih Berkrim!
RESEPI PUDING ROTI AIR FRYER DENGAN SOS KASTARD

Bahan-bahan puding roti:
- Roti putih secukupnya (carik-carik dan susun dalam loyang)
- 1 biji telur
- 2 sudu besar gula
- 1 sudu kecil butter
- 1 sudu kecil esen vanila
- 3 cawan susu full cream
- Kismis secukupnya (untuk taburan)
Cara-cara buat puding rot:
- Carik-carik roti dan susun ke dalam loyang yang sesuai dengan saiz air fryer.
- Dalam bekas lain, masukkan telur, gula, butter, esen vanila dan susu full cream.
- Kacau sehingga semua bahan sebati.
- Tuang bancuhan tadi ke atas roti sehingga meresap.
- Taburkan kismis di bahagian atas.
- Masukkan loyang ke dalam air fryer.
- Masak pada suhu 170°C selama 8 minit atau sehingga masak dan berbau wangi.
- Jika menggunakan oven, bakar pada suhu 180°C selama kira-kira 30 minit atau sehingga masak.
- Apabila sudah siap, potong dan hidangkan bersama sos kastard.
Bahan-bahan sos kastard:
- 1 cawan susu full cream
- 2 sudu besar tepung kastard
- 3 sudu besar gula
Cara-cara buat sos kastard:
- Satukan semua bahan dalam periuk.
- Kacau rata dahulu sebelum buka api supaya tidak berketul.
- Masak atas api kecil sambil dikacau sehingga pekat.
- Tutup api dan sedia untuk dicurahkan ke atas puding roti.
Sumber: Azfa Hj Azizan
Baca juga: Puding Susu Karamel Lembut & Berkrim, Resipi Tanpa Telur Mudah Sangat Nak Buat!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














