resipi puding coklat

Bila tiba bulan puasa, pasti ramai yang mencuba buat aneka juadah pencuci mulut untuk berbuka. Salah salah pencuci mulut yang boleh anda cuba adalah resipi puding coklat ini.

Resipi ini telah dikongsikan oleh Saudara Muhammad Ali. Puding coklat ini mempunyai dua lapisan. Beliau turut berkongsikan petua supaya dua lapisan ini bercantum elok dan tidak bergerak.

RESIPI PUDING COKLAT MUDAH & SEDAP

Bahan-bahan lapisan pertama:

  • 4 cawan air
  • 150 gram gula kastor
  • 12 gram agar agar tali atau agar2 serbuk
  • 400 gram dark chocolate compound
  • 200 gram susu cair

Boleh letak kitkat atau apa-apa coklat pada tengah-tengah lapisan jika suka.

Bahan-bahan lapisan kedua:

  • 1 cawan air
  • 4 gram agar agar
  • 50 gram gula
  • 2 sudu makan serbuk koko
  • 70 gram susu cair

Cara-cara buat lapisan pertama:

1. Hidupkan api sederhana. Masukan 4 cawan air  dan 12 gram agar agar tali/ serbuk.

2. Kacau dan biarkan ia mendidih. Bila dah mendidih masukan 150 gram gula kastor dan 200 gram susu cair. Kacau sebati. Api perlahankan dan masukan 400 gram dark chocolate compound.

3. Bila dah sebati, tutup api. Biar dalam 3 minit dan masukan dalam loyang petak 8 inci sedikit demi sedikit. Habis separuh adunan agar-agar tadi, masukkan dalam peti. Setkan selama 5 minit.

4. Bila dah set, letaklah apa apa yang anda nak letak seperti kitkat.

5. Tuang lebihan tadi sampai menutupi lapisan tadi. Setkan selama sejam.

Cara-cara buat lapisan kedua:

1. Hidupkan api sederhana. Kemudian masukkan 1 cawan air dan 4 gram agar agar. Kacau mendidih kemudian masukan 50 gram gula dan 2 sudu makan serbuk koko dan 70 gram susu cair.

2. Kacau sebati dan tutup api. Biarkan dalam 5 minit baru tuang keatas lapisan pertama tadi. Sebelum itu jangan lupa untuk lorekkan pakai garpu, lorekkan banyak sedikit supaya lapisan kedua ni pegang lapisan pertama. Bila potong lapisannya tak bergerak.

3. Setkan lagi 2 jam kemudian siap. Boleh makan sebagai pencuci mulut. Selamat mencuba semua.

Untuk lebih mudah faham, lihat video di bawah.

@resepiali

jom buat puding coklat! Resepi penuh di pin ruangan komen okay 🙏

♬ bunyi asal – Nama Saya Ali 🧔 – Nama Saya Ali 🧔

Kredit: Muhammad Ali

Baca juga: Resipi Biskut Makmur Susu ‘Gebu’ Guna Sukatan Cawan, Sedap Cair Di Mulut!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN