Dah cuba ke premium thai butter cake ni? Kek ni beza tau dengan butter cake yang biasa tu. Kalau dijadikan bekal anak-anak mesti mereka seronok.
Paling penting kek ni lembut sangat macam makan aiskrim. Sekali makan cair dalam mulut. Peminat kek wajib cuba resipi ni.
Resipi Premium Thai Butter Cake
Bahan-bahan:
- 265g tepung kek
- 1 sudu kecil baking powder
- 245g telur (agak-agak dalam 5 biji telur gred B)
- 200g salted butter (tambah 1 sudu kecil garam kalau guna unsalted butter)
- 1 sudu kecil esen vanilla
- 100g gula kastor
- 100g gula aising (saya ganti dengan susu pekat manis)
- 1 sudu emulco pandan
- 1/2 sudu besar ovalet
- 110ml santan/susu segar
Cara-cara:
- Mix butter, gula, dan ovalet hingga kembang/pucat dalam 6/7 minit dengan high speed.
- Masukkan telur satu-persatu sambil mix hingga sebati. Jangan lupa masukkan esen vanila dan emulco pandan.
- Masukkan tepung sedikit demi sedikit diselang-selikan dengan susu segar/santan.
- Teruskan mix dalam 2/3 minit.
- Tuang adunan ke dalam loyang 8 inci yang telah dialas dengan baking paper.
- Sediakan satu loyang yang lebih besar. Letakkan kain basah dalam loyang tersebut. Kemudian letakkan loyang kek di atasnya.
- Bakar kek pada suhu 170°, api atas bawah selama 45 minit. Kemudian tukar kepada api bawah sahaja dan teruskan bakar selama 20/30 minit atau sehingga masak. Bakar di rak tengah ya.
- Bila kek dah masak, biarkan sejuk dahulu. Kemudian keluarkan dari loyang. Boleh potong terus kalau nak makan. Kalau simpan semalaman dalam peti sejuk, makan esok lagi sedap. Selamat mencuba.
Kredit: Khairunnisa Mohammad
Baca juga:
Resipi Premium Royal Thai Buttercake Versi Coklat, Memang Gebu!