resipi nasi ayam hainanResipi nasi ayam hainan hari ini sangat mudah untuk anda cuba. Meskipun, mudah tetapi rasanya first class. Masa untuk memasak juga kurang dari satu jam.

Anak-anak yang suka kombinasi antara sup dan ayam, menu ini sesuai untuk si kecil. Tambahan pula, resipi ini tidak memerlukan garam dan gula.

Resipi oleh Nadiah Halim ini kalau jadikan menu untuk bekal anak atau suami juga sangat menarik! Jom baca.

Baca juga: Lelaki Ini Kongsi Tips Goreng Ayam Guna Garam, Sedap Sampai Ke Tulang!

RESIPI NASI AYAM HAINAN

Bahan-bahan Nasi Ayam:

  • 4 cawan beras wangi atau beras biasa
  • 4 cawan air
  • 4-5 paha ayam
  • 1 biji bawang besar Holland (potong kepada 4 bahagian)
  • 2 kiub ayam Maggi
  • 3 inci halia (dihiris halus)
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 tangkai daun bawang

Cara-cara:

1. Campurkan semua bahan di dalam periuk atau kuali, letakkan ayam, bawang besar, dan daun bawang di atas sekali.

2. Masak dengan api perlahan selama 25 minit atau sehingga nasi masak sepenuhnya. Tutup periuk atau kuali dengan penutup.

3. Ayam boleh digoreng untuk mendapatkan kulit yang garing atau biarkan ia stim dan potong mengikut kesukaan.

Bahan-bahan Taugeh/Sayur:

  • 4 ulas bawang putih (dipotong dadu)
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar minyak
  • Taugeh atau sayur pilihan

Cara-cara:

1. Goreng bawang putih yang telah dipotong dadu dengan minyak sehingga garing.

2. Masukkan sos tiram dan goreng sekejap.

3. Masukkan taugeh atau sayur pilihan.

resipi nasi ayam hainan

Selamat mencuba!

Sumber: Nadiah Halim

Baca juga: Kek Lapis Masam Manis Versi Kukus, Resipi Mudah Dan Tak Guna Banyak Bahan

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN