kuih bakar

Rindunya nak makan kuih bakar pandan. Ada tak kat sini penggemar kuih tradisional ni?

Kalau ada, bolehlah korang follow resipinya kat sini. Memang sedap dan beraroma daun pandan ye. Confirm korang tak cari yang lain. Sesuai sangat di jadikan minum petang sekeluarga

Kuih ni perlu di bakar dałam oven. Cara orang dulu-dulu tak sama dengan kita sekarang ni. Tapi, cara kita lebih mudah banding orang dulu sebab dah ada oven yang boleh masak kuih ni dengan cepat dan sedap.

Baca juga: Cara Buat Kuih Biskut Kelapa, Kuih Tradisional Yang Makin Susah Nak Jumpa

Buat sendiri kat rumah je, lagi puas hati. Boleh makan banyak mana korang nak nanti.

Bahan-bahan yang diperlukan dalam penyediaan kuih bakar pandan ni takde lah banyak mana pun.

Tapi, untuk mendapatkan warna hijau yang cantik, daun pandan yang banyak sangat di perlukan. Bau kuih juga akan lebih beraroma bila di bakar. Sedap sangat!

Secara moden, warna kuih ni boleh ditambah dengan pewarna. Tapi kalau dah warna daun pandan tu dah cukup, korang boleh je abaikan penggunaan pewarna tu.

Bersama dengan Puan Sharifah Abu Bakar yang sudi berkongsi resipi.

Letak pewarna pun tak elok sangat untuk kesihatan. Lebih baik korang masak kuih bakar pandan ni dengan warna asli daun pandan je. Lagi bagus.

Untuk yang baru nak cuba buat kuih bakar pandan ni, apa kata korang follow je resipi dari perkongsian Puan Sharifah Abu Bakar yang mendapat kunjungan dari min semasa program Jom Balik Kampung baru-baru ini.


Resipi Kuih Bakar / Bahulu Kemboja Pandan

Bahan-bahan:

  • 1 mangkuk tepung gandum
  • 1 mangkuk telur gred A
  • 2 mangkuk gula
  • 1 mangkuk santan
  • 1 mangkuk air daun pandan – agak-agak berapa helai daun pandan
  • Sedikit halia – kisar halus
  • 1 bawang merah kecil – kisar halus (penghilang hanyir telur cara orang lama)
  • Bijan
  • Sedikit minyak – untuk sapu dalam acuan

Cara menyediakannya:

1. Sebelum buat adunan di atas, panaskan dahulu oven pada suhu 170 celcius bersama dengan acuan bunga.

2. Kisarkan 1 mangkuk air bersama daun pandan dan tapiskan.

3. Masukkan semua bahan kecuali bijan di dalam pengisar. dan kisar hingga menjadi adunan.

4. Tapis adunan tersebut di dalam jag.

5. Keluarkan balik acuan dalam oven tadi dan sapukan minyak atau marjerin.

6. Taburkan bijan di atas permukaan adunan.

7. Bakar dalam oven selama 1 jam dengan suhu 200 celcius sehingga permukaan kuih tersebut kelihatan garing dan perang.

8. Cucuk kuih bakat dengan lidi, jika lidi licin, kuih tersebut sudah masak. Siap untuk diangkat, dipotong serta dihidang.


Tutorial:

@myresipi

Tengok je kuih bakar atau bahulu kemboja ni, mesti terus teringat kampung halaman lah. Singgah ke Masjid Tanah, jangan lupa ke kampung Paya Lebar untuk rasai sendiri keaslian kuih bakar ni 😋 #myresipi #resipitiktok #kuihbakar #kuihbahulukemboja #jombalikkampung #cuticutimalaysia #fyp #fypシ

♬ Zapin Melayu – Kiki Taufik


Pastikan kuih bakar betul-betul sejuk sebelum dipotong sebab kalau di potong panas, kuih bakar sedikit lembik.

Jadi tak cantik pula masa nak hidang nanti. Bau kuih memang sedap sangat! Patutlah ramai yang suka resipi ni. Tak rugi korang cuba.

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN