nasi arab paling senang

Hujung minggu nanti apa kata ibu-ibu jom masak menu special untuk seisi keluarga. Salah satu menu yang boleh dicuba iaitu resipi nasi arab paling senang ini.

Hanya guna bahan-bahan yang ada di rumah saja tapi tetap menjadi dan rasanya juga sangat sedap.

Kalau ada yang nak cuba, boleh ikut saja resipi hasil perkongsian oleh Nur Aisya di bawah. Selamat mencuba!

RESIPI NASI ARAB PALING SENANG

Bahagian paling penting untuk dapatkan rasa nasi arab, sup untuk nasi dan ayam. Bahan-bahannya:

  • Ayam saya guna 3 whole leg
  • Bawang besar 1 biji (kalau besar guna separuh)
  • Tomato 1 biji
  • 1 sk jintan manis
  • 1 sk lada hitam
  • 1 sk biji ketumbar
  • Buah pelaga 3 biji
  • 1 kiub ayam
  • 1/2 sk serbuk kunyit
  • 1 sk rempah kurma
  • 2 sudu minyak masak
  • Sedikit garam

Rebus sampai ayam masak. Air rebusan tadi digunakan untuk masak nasi. Dan selebihnya saya buat sup untuk makan dengan nasi. Sedap. Rasa sup berempah.

Angkat ayam dari air rebusan. Perap guna bahan ini:

  • Serbuk cili
  • Serbuk kari
  • Sos tiram
  • Garam
  • Perasa
  • Madu/gula 1 sudu
  • Minyak masak 2 sudu

Perap sekejap semua bahan bersama ayam sambil siapkan nasi.

Kemudian panggang atau bakar pada suhu 150 celcius. Bakar selama 15 minit, kemudian sapu lebihan bahan perap tadi dan sambung bakar lagi selama 15 minit. Ayam akan jadi cantik dan berkilat.

nasi arab paling senang

Bahan-bahan untuk nasi:

  • Bawang besar sebiji
  • Halia 1 inci
  • 3 sekawan (kayu manis/bunga cengkih/bunga lawang)
  • Beras basmathi

Cara-cara:

1. Panaskan majerin/butter, kalau nak lagi sedap guna minyak sapi.

2. Masukkan bahan-bahan hiris dan 3 sekawan tadi. Tumis sampai garing.

3. Kemudian masukkan beras basmathi ke dalam beras. Gaul bersama bahan tumis, tumis sehingga garing baru nasi sedap. (Beras basmathi direndam dahulu selama 30 minit)

4. Masukkan beras ke dalam periuk nasi bersama air rebusan ayam tadi.

nasi arab paling senang

5. Beras sukat macam biasa. Kalau beras basmathi guna 1 cawan beras dan 2 cawan air.

6. Bila nasi dah kering, tuangkan pewarna. Tutup semula tudung periuk dalam 10 minit, kemudian kacau nasi. Taburkan juga daun ketumbar. Siap!

nasi arab paling senang

Bahan-bahan membuat salsa/sambal arab:

  • Cili api
  • Cili besar
  • Tomato
  • Bawang putih
  • Daun ketumbar
  • Garam sedikit

Kisar semua bahan di atas dan perah sedikit jus lemon.

Bahan-bahan membuat salatoh:

  • Tomato (potong kiub)
  • Timun (potong kiub)
  • Bawang besar (potong kiub)
  • Pudina hiris (guna ketumbar jika tiada)

Gaul semua bahan dalam 1 bekas, letak sedikit gula dan garam. Perah juga sedikit jus lemon. Siap!

Bila dah siap, hidang mengikut citarasa masing-masing. Sup tersebut ambil dari air rebusan ayam tadi. Selamat mencuba!

nasi arab paling senang

Kredit: Nur Aisya

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN