air kelapa kreatif

Pada zaman teknologi yang makin membangun kini, para peniaga perlu memikirkan cara yang lebih kreatif dan inovatif untuk mempromosikan produk mereka.

Hal ini kerana terlalu banyak persaingan di antara sesama peniaga. Jika produk anda kurang menarik, orang ramai akan lebih cenderung kepada produk yang lain.

Air Kelapa Jalanan Lain Dari Lain

Seperti yang berlaku kepada seorang peniaga ini apabila jualan air kelapanya telah menjadi perhatian ramai kerana cara bungkusannya yang kreatif dan inovatif.

Biasanya, peniaga akan membelah air kelapa untuk medapatkan airnya. Tapi lain pula dengan air kelapa jalanan ini.

Menerusi video yang dikongsikan oleh @MehmedAezad di Twitter, cara untuk minum air kelapa tersebut adalah dengan membuka safety pins, cucuk straw yang diberi dan sedia untuk diminum.

“Hanya buka safety pins dan tekan lalu terus masuk straw dan boleh minum!” kata peniaga tersebut.

Murah, 3 Biji RM10!

Apa yang lebih mengejutkan, peniaga itu menjual air kelapa tersebut dengan harga yang sangat murah! 3 biji kelapa dengan harga RM10 sahaja.

Difahamkan produk tersebut merupakan produk import dari Thailand. Harga yang dijual juga sangat murah berbanding kelapa yang dipetik dari negara sendiri.

“Bagus gila produk peniaga ini. Lokasi di Tesco Ampang. Kalau open sistem ejen confirm winning product. Aku nak tengok produk ini berjaya.” 

Menjenguk ke ruangan komen, netizen juga berasa terpegun melihat cara penyediaan air kelapa tersebut disamping harganya yang begitu murah.

Sumber: @MehmedAezhad

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN