langos

Malaysia adalah sebuah negara unik dan kaya dari segi kepelbagaian budayanya, makanannya dan masyarakatnya yang baik-baik membuatkan ramai orang luar suka pada negara ini.

Maka tidak hairanlah buat seorang ‘mat salleh’ dari Hungary ini untuk membuat keputusan menetap di sebuah pekan kecil di Perak dan membina kehidupannya di situ.

Bagaimanapun, dia telah mencuri perhatian warga maya apabila tular di laman sosial kerana kelainan yang dibawanya buat masyarakat setempat.

Baca juga: Pancake Jepun Yang Gebu Dan Sedap, Makan Macam Tu Pun Dah Sedap Sangat!

Namun, kelibat ‘orang putih’ tersebut yang dikenali sebagai Adam Abdullah itu sudah menjadi kebiasaan bagi masyarakat di Kampung Gajah dan Bota.

Adam berkahwin dengan seorang wanita tempatan Elsuraya Mohamed, dan kini menjalankan perniagaan menjual makanan tradisi Hungary iaitu ‘Langos’ untuk penduduk sekitar itu.

Untuk pengetahuan korang, Langos merupakan sejenis roti garing dan ditaburkan keju di atasnya sebelum dimakan.

Manakala Langos versi Adam dan isterinta mengikut citarasa rakyat Malaysia.

Antara perisa langos ciptaan pasangan suami isterini ini ialah kaya yang dimasak sendiri, coklat, sambal bilis rangup, bawang putih minyak zaitun serta keju krim masam.

Berkongsi pengalamannya ketika mendekati masyarakat tempatan, Adam akui agak kekok pada mulanya, namun ramai yang dapat menerimanya selepas itu.

Kepetahannya bercakap menggunakan Bahasa Melayu dan loghat Bota menjadikan pemuda asal Eropah Timur yang berniaga di Bota ini, disenangi penduduk tempatan.


Untuk korang yang mahu merasa Langos boleh ke rumah mereka di Jalan Teluk Intan, Kampung Telok Bakong Hulu, 32900 Lambor Kanan, Perak.

Waktu beroperasi adalah pada jam 3 petang hingga 7 malam pada setiap hari Jumaat, Sabtu dan Ahad.


Nanti min pun nak datang singgah merasa sendiri~

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN