resipi masak cuka ikanResipi masak cuka ikan ini yang dikongsikan oleh Puan Azura Intan menerusi laman sosial Facebook sangat istimewa kerana ia datang daripada ibu mentua beliau

Gabungan rasa masam, manis, pedas, dan lemak ikan menjadikan hidangan ini pembuka selera anda.

Jom baca resipi lengkap di bawah.

Baca lagi: Tips Pilih Tomato Segar Dan Tahan Lama, Elak Terbeli Yang Rasa Masam!

RESIPI MASAK CUKA IKAN

Bahan-bahan:

Bahan A (Untuk Tumis):

  • 2 biji bawang merah kecil – dihiris nipis
  • 2 ulas bawang putih – dihiris nipis
  • 1 inci halia – dihiris memanjang nipis
  • Sedikit halba campur
  • Jintan manis – ditumbuk halus
  • Sedikit serbuk kunyit

Bahan B:

  • 7-8 ketul ikan plotan (atau ikan lain mengikut pilihan anda)
  • Setengah kilogram bawang kecil – dibuang kulit
  • 3 labu bawang putih – dibuang kulit
  • 2 inci halia – dipotong memanjang
  • Cili merah besar – dibuang tangkai, dipotong dua tetapi tidak putus
  • Cili padi – dibuang tangkai
  • Cuka (ikut citarasa)
  • Gula (ikut citarasa)
  • Garam (ikut citarasa)
  • Ajinomoto (pilihan, boleh abaikan jika tidak suka)

Cara Penyediaan:

1. Bersihkan ikan plotan atau apa-apa jenis ikan yang anda suka. Gaulkan ikan dengan garam dan serbuk kunyit. Kemudian, goreng ikan tersebut sehingga garing. Ketepikan sementara.

2. Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan bawang merah, bawang putih, halia yang dihiris nipis, dan halba campur. Tumis sehingga bahan-bahan tersebut bertukar warna kekuningan dan mengeluarkan bau yang harum.

3. Kemudian, masukkan jintan manis yang telah ditumbuk halus dan tumis lagi sehingga naik bau.

4. Tambahkan sedikit serbuk kunyit dan kacau rata.

5. Masukkan air secukupnya ke dalam kuali mengikut jumlah kuah yang anda inginkan. Kemudian, tambahkan cuka, gula, garam, dan ajinomoto (jika digunakan).  Jika tidak suka gula, anda boleh abaikan bahan ini.

6. Biarkan kuah mendidih perlahan-lahan sehingga cukup sebati dan masam-manisnya sesuai dengan selera anda.

7. Selepas kuah mendidih dan mencapai keseimbangan rasa yang diinginkan, masukkan ikan yang telah digoreng tadi.

8. Biarkan ikan tersebut timbul dalam kuah dan masukkan bawang kecil, bawang putih, serta halia yang telah dipotong memanjang.

9. Biarkan kuah dan ikan mereneh dengan api perlahan sehingga bawang menjadi lembut dan sebati dengan kuah.

10. Setelah bawang lembut, masukkan cili merah besar dan cili padi. Jangan biarkan cili masak terlalu lama agar kekal segar dan sedikit pedas.

11. Kacau sedikit dan tutup api setelah kuah mereneh dengan sempurna.

Sumber: Azura Intan

Baca lagi: Resepi Sup Tauhu Telur Semudah ABC, Makin Berselera Hirup Kuahnya!

 

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN