Categories: Resipi

Laksa Tak Semestinya Berkuah, Resipi Laksa Goreng Mudah Ini Memang Buat Terliur!

Resipi laksa goreng mudah ini sesuai untuk mereka yang mahu menikmati laksa dalam gaya yang sedikit berbeza. Jika biasanya laksa dihidangkan bersama kuah, versi goreng pula memberi fokus kepada tekstur laksa yang kenyal dengan rasa yang lebih pekat dan berperisa.

Tekstur daripada setiap bahan juga membuatkan setiap suapan terasa lebih menarik tanpa memerlukan kuah.

Ia sesuai dijadikan hidangan untuk makan tengah hari atau malam apabila tekak teringin sesuatu yang lebih mengenyangkan tetapi berbeza daripada laksa biasa.

Baca juga: Resepi Asam Laksa Sardin, Cara Paling Mudah Bila Mengidam Kuah Laksa Yang Masam Pedas

RESIPI LAKSA GORENG MUDAH

Bahan-bahan:

  • 3 ulas bawang putih, dicincang
  • 3 sudu besar cili kisar
  • 200 g ayam, dipotong kecil
  • 2 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar kicap manis
  • 5 biji fishball, dibelah dua
  • 3 keping fishcake, dihiris
  • 1 ikat sawi, dipotong
  • 300 g laksa, direbus dan ditoskan
  • 2 sudu besar minyak masak
  • ½ cawan air

Cara-cara penyediaan:

  1. Panaskan minyak dalam kuali, kemudian tumis bawang putih sehingga sedikit keperangan.
  2. Masukkan cili kisar dan tumis seketika sebelum memasukkan ayam, sos cili, sos tiram, dan kicap manis.
  3. Gaul hingga semua bahan sebati.
  4. Masukkan batang sawi, bebola ikan, dan kek ikan, kemudian masak sehingga ayam hampir masak sepenuhnya.
  5. Tuangkan sedikit air dan masukkan bahagian daun sawi. Gaul rata sebelum memasukkan laksa yang telah direbus.
  6. Gaul semua bahan sehingga sebati dan biarkan masak selama 5–6 minit atau sehingga ayam dan laksa betul-betul masak.
  7. Tutup api dan hidangkan laksa ketika masih panas.

Sumber: Tiktok TastebyNajwa

Baca juga: Resipi Laksa Mi Pulau Pangkor Yang Lain Dari Biasa, Kuah Dibuat Guna Rebusan Ikan & Ketam!

Izzati

Recent Posts

Puluhan Pasar Raya Di Eropah Jadi Sasaran ‘Serangan Siber’, Stok Makanan Rosak Akibat Peti Sejuk Panas!

Puluhan pasar raya di tujuh negara Eropah dilaporkan menjadi sasaran serangan siber yang menjejaskan sistem…

45 mins ago

Tak Perlu Tumis Pun! Sup Rumpai Laut Bebola Daging, Kuahnya Ringan Tapi Mengenyangkan

Sup rumpai laut merupakan hidangan berkuah yang sesuai dijadikan pilihan untuk makan malam. Rasanya yang…

1 hour ago

Tips Tomyam Sedap Ala Kedai Thai, Jangan Lupa Masukkan 2 Bahan INI Dalam Kuah!

Nak hasilkan tomyam yang rasanya masam pedas, cukup rasa dan beraroma seperti di restoran Thai?…

2 hours ago

Buat Puding Roti Tanpa Oven, Lapis 3 Warna Dengan Rasa Lemak Manis Yang Memikat!

Nak sediakan pencuci mulut yang sedap tanpa perlu menggunakan oven? Resipi puding roti tanpa oven…

2 hours ago

Resipi Ikan Bakar Tomyam, Pesnya Yang Pedas Masam Meresap Sampai Ke Dalam Isi!

Ikan bakar tomyam boleh dijadikan pilihan lauk untuk makan tengah hari atau makan malam bersama…

2 hours ago

Sizzling Yee Mee Sedap Tanpa Hotplate, Guna Kuali Biasa Pun Menjadi!

Teringin nak makan sizzling yee mee sedap seperti di restoran, tetapi tiada hotplate di rumah?…

4 hours ago