Resipi laksa goreng mudah ini sesuai untuk mereka yang mahu menikmati laksa dalam gaya yang sedikit berbeza. Jika biasanya laksa dihidangkan bersama kuah, versi goreng pula memberi fokus kepada tekstur laksa yang kenyal dengan rasa yang lebih pekat dan berperisa.
Tekstur daripada setiap bahan juga membuatkan setiap suapan terasa lebih menarik tanpa memerlukan kuah.
Ia sesuai dijadikan hidangan untuk makan tengah hari atau malam apabila tekak teringin sesuatu yang lebih mengenyangkan tetapi berbeza daripada laksa biasa.
Baca juga: Resepi Asam Laksa Sardin, Cara Paling Mudah Bila Mengidam Kuah Laksa Yang Masam Pedas
RESIPI LAKSA GORENG MUDAH

Bahan-bahan:
- 3 ulas bawang putih, dicincang
- 3 sudu besar cili kisar
- 200 g ayam, dipotong kecil
- 2 sudu besar sos cili
- 1 sudu besar sos tiram
- 1 sudu besar kicap manis
- 5 biji fishball, dibelah dua
- 3 keping fishcake, dihiris
- 1 ikat sawi, dipotong
- 300 g laksa, direbus dan ditoskan
- 2 sudu besar minyak masak
- ½ cawan air
Cara-cara penyediaan:
- Panaskan minyak dalam kuali, kemudian tumis bawang putih sehingga sedikit keperangan.
- Masukkan cili kisar dan tumis seketika sebelum memasukkan ayam, sos cili, sos tiram, dan kicap manis.
- Gaul hingga semua bahan sebati.
- Masukkan batang sawi, bebola ikan, dan kek ikan, kemudian masak sehingga ayam hampir masak sepenuhnya.
- Tuangkan sedikit air dan masukkan bahagian daun sawi. Gaul rata sebelum memasukkan laksa yang telah direbus.
- Gaul semua bahan sehingga sebati dan biarkan masak selama 5–6 minit atau sehingga ayam dan laksa betul-betul masak.
- Tutup api dan hidangkan laksa ketika masih panas.
Sumber: Tiktok TastebyNajwa
Baca juga: Resipi Laksa Mi Pulau Pangkor Yang Lain Dari Biasa, Kuah Dibuat Guna Rebusan Ikan & Ketam!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM

