udang masak madu

Kadang-kadang kita buntu nak masak apa dengan udang selain sambal atau goreng kunyit, kan? Apa kata kali jom cuba buat Udang Masak Madu Bawang Putih ini pula.

Rahsia kesedapan hidangan ini terletak pada halia yang digoreng halus dan aroma bawang putih yang garing, disalut pula dengan sos madu yang pekat.

Cara nak buatnya tersangatlah senang dan tak makan masa yang lama pun dekat dapur. Sesuai sangat untuk mak-mak yang sibuk atau sesiapa yang baru nak belajar masak.

Baca juga: Resipi Sambal Tempoyak Gabungan Udang & Petai, Makan Nasi Sepinggan Confirm Tak Cukup!

RESIPI UDANG MASAK MADU BAWANG PUTIH

udang masak madu

Bahan-bahan:

  • 10 ekor udang segar (saiz besar lebih baik)
  • 3 inci halia (dihiris halus/mancis)
  • 5 ulas bawang putih (dicincang halus)
  • 1 sudu besar (sb) bijan (digoreng tanpa minyak/sangai)
  • 4 biji cili padi (diketuk atau dihiris – jika suka pedas)
  • Mentega (secukupnya untuk menumis)
  • Minyak masak (untuk menggoreng udang dan halia)
  • Daun ketumbar / Daun bawang (sebagai hiasan)

Bahan sos:

  • 2 sudu besar kicap cair masin
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar madu

Cara-cara penyediaan:

  1. Bersihkan udang. Anda boleh potong sedikit bahagian kepala dan buang urat hitam di belakangnya. Toskan hingga kering.
  2. Panaskan kuali dan masukkan minyak. Goreng hirisian halia sehingga garing dan berwarna keemasan. Angkat dan ketepikan.
  3. Menggunakan minyak yang sama, goreng udang seketika sehingga bertukar warna (jangan terlalu lama supaya udang kekal manis dan tidak keras). Angkat dan ketepikan.
  4. Bersihkan kuali atau gunakan kuali baru. Panaskan mentega sehingga cair. Masukkan bawang putih cincang dan goreng sehingga garing dan naik bau.
  5. Masukkan campuran kicap cair, sos tiram dan madu. Kacau rata dan biarkan sos mereneh seketika. Anda boleh sesuaikan rasa mengikut selera (tambah sedikit garam jika perlu, tapi kicap dan sos tiram biasanya sudah cukup masin).
  6. Masukkan semula udang yang telah digoreng tadi ke dalam kuali. Gaul pantas supaya semua udang disaluti sos dengan sekata.
  7. Taburkan bijan yang telah disangai dan halia yang telah digoreng garing tadi.
  8. Angkat dan hiaskan dengan daun ketumbar atau daun bawang untuk aroma yang lebih segar.

Sumber: Tan Chui Fong

Baca juga: Resepi Udang Goreng Berempah Paling Wangi, Sekali Masak Terus Licin!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN