Categories: Resipi

Resipi Kuih Puli Ubi Kayu, Kuih Tradisional Yang Makin Jarang Jumpa & Penuh Kenangan

Kuih puli ubi kayu mungkin nampak seakan-akan kuih lopes, tetapi cara penyediaannya dan bahan utamanya berbeza. Diperbuat daripada ubi kayu parut, kuih tradisional ini dikukus sebelum digaul bersama kelapa parut dan dinikmati dengan air gula Melaka.

Menariknya, kuih ini bukan sekadar hidangan biasa. Bagi sesetengah orang, ia boleh membawa kembali kenangan lama bersama keluarga. Ada yang teringat zaman kecil atau air tangan mak yang pernah menjadi kegemaran suatu ketika dahulu.

Resipi kuih puli ubi kayu ini juga tidak menggunakan banyak bahan. Ubi kayu yang diparut hanya dicampur dengan sedikit garam dan pewarna kuning sebelum dikukus. Selepas sejuk, kuih dipotong dan digaul bersama kelapa parut sebelum dicurahkan air gula melaka.

Baca juga: Resipi Kuih Cucur Topi, Hanya Guna 5 Bahan Untuk Hasil Rangup Di Tepi & Lembut Di Tengah

RESIPI KUIH PULI UBI KAYU

Bahan-bahan:

  • 3 ketul ubi kayu (dikupas, dibersihkan dan diparut)
  • 1/2 biji kelapa parut (digaul dengan sedikit garam dan dikukus 2-3 minit)
  • 1 keping nisang atau gula merah
  • Gula pasir
  • Sedikit air
  • Daun pandan
  • Sedikit pewarna kuning
  • Garam
  • Sedikit beras pulut

Cara-cara penyediaan:

  1. Campurkan ubi kayu yang telah diparut dengan sedikit garam dan pewarna kuning. Gaul sehingga sebati.
  2. Masukkan adunan ubi kayu ke dalam loyang atau acuan lompang.
  3. Kukus selama 20 minit sehingga ubi kayu masak.
  4. Sementara itu, masak nisang atau gula merah bersama gula pasir, sedikit air dan daun pandan sehingga menjadi air gula yang likat.
  5. Sangai sedikit beras pulut sehingga bertukar sedikit perang. Ketepikan.
  6. Apabila kuih yang dikukus sudah betul-betul sejuk, keluarkan dan potong mengikut saiz yang diingini.
  7. Gaulkan potongan kuih bersama kelapa parut yang telah dikukus.
  8. Taburkan beras pulut yang telah disangai di atas kuih jika suka.
  9. Hidangkan kuih puli ubi kayu bersama air gula melaka. Sedia untuk dinikmati.

Sumber: Noorma Musa

Baca juga: Cara Membuat Kuih Sagu Yang Menjadi Setiap Kali, Rahsianya Kacau 10 Minit Sahaja

Wan N

Recent Posts

Cara Simpan Daun Kari & Daun Masakan Lain, Tak Kecut Walaupun Dah Berbulan!

Daun kari antara bahan yang selalu digunakan dalam masakan seperti kari ayam, kari ikan dan…

4 hours ago

Resipi Enoki Goreng Salted Egg, Cendawan Rangup Dengan Salutan Sos Lemak Pedas

Enoki goreng salted egg antara hidangan yang boleh dijadikan kudapan atau lauk tambahan ketika makan.…

4 hours ago

Puluhan Pasar Raya Di Eropah Jadi Sasaran ‘Serangan Siber’, Stok Makanan Rosak Akibat Peti Sejuk Panas!

Puluhan pasar raya di tujuh negara Eropah dilaporkan menjadi sasaran serangan siber yang menjejaskan sistem…

5 hours ago

Tak Perlu Tumis Pun! Sup Rumpai Laut Bebola Daging, Kuahnya Ringan Tapi Mengenyangkan

Sup rumpai laut merupakan hidangan berkuah yang sesuai dijadikan pilihan untuk makan malam. Rasanya yang…

6 hours ago

Tips Tomyam Sedap Ala Kedai Thai, Jangan Lupa Masukkan 2 Bahan INI Dalam Kuah!

Nak hasilkan tomyam yang rasanya masam pedas, cukup rasa dan beraroma seperti di restoran Thai?…

6 hours ago

Buat Puding Roti Tanpa Oven, Lapis 3 Warna Dengan Rasa Lemak Manis Yang Memikat!

Nak sediakan pencuci mulut yang sedap tanpa perlu menggunakan oven? Resipi puding roti tanpa oven…

6 hours ago