Categories: Resipi

Resipi Kuih Bakar Pandan, Kuih Hijau Molek Dan Masak Dengan Sekata!

Resipi kuih bakar pandan yang kami akan kongsikan hari ini merupakan antara kuih tradisional yang memang menjadi kegemaran ramai. Kini, dengan adanya air fryer proses memasak jadi lebih mudah dan cepat.

Berikut adalah resipi kuih bakar pandan yang dikongsikan oleh Cik Puan Wan Erni Suria yang menggunakan air fryer, sesuai untuk anda yang mencari cara mudah untuk membuat kuih ini.

Jadi, tak ada lagi alasan tiada ketuhar di rumah! Jom baca resipi penuh di bawah ini.

Baca lagi: Resipi Cinnamon Rolls Guna Air Fryer, Buat Anak Merengek Nak Lagi!

RESIPI KUIH BAKAR PANDAN

Bahan-bahan:

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan air daun pandan (kisarkan 2 helai daun pandan dengan air)
  • 2 biji telur
  • 2 cawan santan (saya gunakan sekotak kecil santan, tambah air dan goncang kotak untuk cukupkan 2 cawan)
  • 1 cawan gula (saya gunakan 3/4 cawan untuk kurang manis, ikut selera masing-masing)
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • Sedikit pewarna hijau (jika suka)
  • 1 sudu kecil garam (untuk seimbangkan rasa)
  • Sedikit bijan (untuk taburan)

Cara Penyediaan:

1.  Gunting dua helai daun pandan dan kisar bersama satu cawan air. Kemudian tapis untuk mendapatkan air pandan sahaja.

2. Masukkan air pandan ke dalam blender atau food processor. Tambahkan semua bahan lain – tepung gandum, telur, santan, gula, esen vanila, pewarna hijau (jika suka), dan garam. Kisar sehingga semua bahan sebati.

3. Sapu sedikit butter di dalam loyang untuk mengelakkan kuih melekat.

4. Tuang adunan ke dalam loyang. Jika menggunakan air fryer, bahagikan adunan kepada dua kerana kapasiti air fryer yang kecil.

5. Bakar pada suhu 170°C selama 45 minit. Jika menggunakan oven, boleh gunakan loyang besar dan bakar sekali jalan.

6. Sebelum mula membakar, taburkan sedikit bijan di atas permukaan adunan untuk hiasan.

7.  Setelah masak, biarkan kuih sejuk sedikit sebelum dipotong dan dihidangkan.

Selamat mencuba!

Sumber: Wan Erni Suria

Baca lagi: Resipi Mac & Cheese Super Sedap, Cara Mudah Guna 3 Langkah Saja!

Aisha Qistina

Recent Posts

Tak Guna Susu Pun Boleh Jadi Creamy! Resipi Mac & Cheese Ini Guna Air Kelapa Parut, Unik!

Resipi mac and cheese ini sesuai untuk anda yang ingin mencuba kelainan daripada hidangan pasta…

31 mins ago

Ingatkan Gula Kelapa Untuk Buat Kuih Saja… Rupanya Ada 7 Kegunaan Lain Dalam Masakan!

Ramai menggunakan gula kelapa untuk membuat kuih tradisional kerana rasanya manis dan aromanya seakan karamel.…

46 mins ago

Resipi Donut Bantal Versi ‘Malas’, Tak Perlu Uli Lama Atau Bentuk Bulat Satu-Satu!

Donut bantal antara pilihan menarik untuk dibuat sendiri di rumah, terutama apabila teringin menikmati kuih…

2 hours ago

Resipi Kubis Cina Gulung Berinti Ayam, Kukus 20 Minit Saja Dah Siap Untuk Menu Diet Sihat!

Cabbage rolls ialah hidangan menggunakan daun kubis yang dibalut bersama inti, kemudian dikukus sehingga masak.…

3 hours ago

Resipi Ayam Sambal Kangkung, Tips Kena Masuk Sayur ‘Last Minute’ Barulah Kekal Rangup!

Cara buat ayam sambal kangkung ini menggabungkan ayam goreng kunyit dengan sambal pedas yang pekat.…

3 hours ago

Puding Batik Biskut Marie Berlapis Coklat, Buat Malam Ini Esok Pagi Dah Boleh Makan!

Ada biskut Marie di rumah? Apa kata cuba buat puding batik biskut Marie yang berlapis…

4 hours ago