
Jom belajar resipi kuetiau theng yang sedap sama macam dekat kedai Thailand. Menu ini selalunya jadi rebutan walaupun nampak ringkas, tapi sekali hirup terus rasa nikmatnya!
Sebenarnya, nak buat kuetiau theng yang betul-betul authentic ini ada rahsianya. Kuncinya terletak pada penggunaan akar ketumbar dan bawang putih jeruk. Kalau dua bahan ini tak ada, memang “lari” sikit rasa dia.
Lagi satu, teknik masak ayam pun main peranan penting untuk pastikan kuah kita tak bau hanyir dan kekal jernih menyelerakan.
Bagi anda yang nak cuba masak sendiri untuk keluarga di hujung minggu, jom ikut resipi perkongsian ini. Dijamin sedap sampai bertambah dua tiga mangkuk!
Baca juga: Resipi Mi Rebus Johor Kuah Pekat, Hidang Untuk Rumah Terbuka Confirm Tetamu Puji
RESIPI KUETIAU THENG

Bahan untuk kuah:
- 2 ekor ayam (dipotong ikut keselesaan)
- 2 labu bawang putih (ditumbuk)
- 2 ikat akar ketumbar (wajib ada untuk aroma)
- 3 sudu besar lada hitam atau lada putih (ditumbuk)
- 3 labu bawang putih jeruk & 3 sudu air jeruknya
- 1 biji lobak putih (dihiris bulat)
- 6 batang serai (diketuk)
- 2 paket rempah sup siam
- 3 ketul gula thai (gula kabung/melaka versi kepingan keras)
- 2 sudu besar sos tiram
- 5 sudu besar kicap kipas udang
- 1 senduk kicap sotong (fish sauce)
- Garam dan perasa secukupnya
Bahan condiment (pelengkap):
- Garlic oil (minyak bawang putih goreng)
- Chili oil (cili kering yang disiram minyak panas bersama 4 sekawan, garam, gula dan perasa)
- Chili flakes
- Cili Jeruk (cili padi merah dicincang, campur gula, garam, perasa dan cuka)
- Sayur kangkung, tauge, daun ketumbar dan kacang tanah tumbuk.
Cara-cara penyediaan:
- Mula-mula, tumbuk bawang putih, akar ketumbar dan lada hitam sehingga lumat. Tumis bahan tumbuk ini bersama serai dan rempah sup Siam. Nota penting: Kalau rempah sup Siam jenis dalam jaring, jangan tumis jaring bersama, nanti pecah! Tumis bahan luaran sahaja dulu.
- Masukkan ayam ke dalam periuk. Masak ayam sehingga air aslinya keluar dan kering sedikit sebelum tambah air biasa. Cara ini paling berkesan nak elakkan ayam berbau hanyir dan kuah rasa lebih manis asli.
- Bila ayam dah nampak kecut dan air ayam dah kering sikit, barulah masukkan air secukupnya untuk kuah. Seterusnya, masukkan hirisan lobak putih dan bawang putih jeruk sekali dengan air jeruknya.
- Masukkan garam, perasa dan 3 ketul gula Thai (pastikan guna yang jenis ketul keras, bukan yang lembik). Biarkan kuah mendidih dengan api sederhana supaya segala rasa meresap masuk dalam ayam.
- Selepas mendidih, masukkan sos tiram, kicap Kipas Udang dan kicap sotong. Kalau hampa suka kuah yang jenis gelap sikit, boleh tambah kicap pekat, tapi ikut cara saya, saya tak letak sebab nak kekalkan warna asal kuah theng. Rasa dulu, kalau ada yang kurang, boleh adjust ikut selera masing-masing.
Dah siap! Nak hidang nanti, jangan lupa letak kangkung, tauge dan yang paling penting, tiga jenis cili tadi (chili oil, chili flakes, cili jeruk). Barulah rasa dia meletup!
Jangan takut nak bereksperimen dengan bahan-bahan ini sebab setiap orang ada cita rasa berbeza. Selamat mencuba!
Sumber: Thread @farihintabranyy
Baca juga: Resipi Lasagna Daging Cheese Meleleh, Guna Roti Pun Boleh! Lembut Berlapis Dengan Sos Berkrim
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














