Resipi peria tumis telur ini sesuai dijadikan pilihan lauk untuk mereka yang sedang menjaga pemakanan. Dengan anggaran 175 kcal bagi setiap hidangan, resipi ini boleh membantu anda mengawal pengambilan kalori tanpa perlu berkorban dengan tidak makan masakan enak-enak di rumah.
Bagi yang sedang berdiet, tidak semestinya perlu bergantung pada salad atau makanan yang terlalu berbeza daripada menu harian. Masakan sendiri dengan penggunaan minyak yang sederhana juga boleh menjadi pilihan untuk pemakanan yang lebih seimbang.
Gabungan peria dan telur menghasilkan lauk ringkas yang tetap mengenyangkan. Sesuai dinikmati untuk makan tengah hari atau malam bagi mereka yang mahu menjaga kalori tetapi masih menggemari masakan sendiri.
Baca juga: Ada Lebihan Sayur Dalam Peti Ais? Cuba Resipi Sayur Goreng Campur Bebola Daging Ini!
RESIPI PERIA TUMIS TELUR

Bahan-bahan:
- 2 biji peria sederhana
- 2 biji telur
- 1 sudu besar minyak masak
- 2 ulas bawang putih dicincang
- Garam secukup rasa
- Perasa secukupnya
- Cili merah dihiris
- Sedikit air
Cara penyediaan:
- Belah peria kepada dua bahagian dan buang bahagian tengah serta bijinya. Hiris nipis mengikut kesukaan.
- Gaulkan peria bersama sedikit garam dan biarkan seketika untuk membantu mengurangkan rasa pahit. Kemudian, bilas hingga bersih dan toskan.
- Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang putih sehingga naik bau.
- Pecahkan telur ke dalam kuali dan kacau sehingga telur mula masak.
- Masukkan hirisan peria dan gaul rata bersama telur.
- Perasakan dengan garam dan perasa secukupnya. Tambahkan hirisan cili merah untuk memberikan sedikit warna.
- Tuangkan sedikit air, tutup kuali dan biarkan masak selama 6–7 minit sehingga peria menjadi lembut.
- Angkat dan sedia untuk dinikmati.
Nota: Jika ingin mengurangkan rasa pahit peria dengan lebih ketara, gaulkan peria bersama garam dan basuh lebih lama sebelum dibilas hingga bersih. Lagi lama digaul dan dibasuh, lebih banyak rasa pahit dapat dikurangkan.
Sumber: Threads @bakerymaison2
Baca juga: Wanita Ini Kongsi Petua Sayur Goreng Kekal Hijau, Hasil Cantik Dan Tak Layu!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM

