resipi mee rebus johor

Jom cuba resipi mee rebus johor yang berkuah pekat, manis dari keledek dan aroma udang yang wangi.

Menu ini memang terkenal di Johor, tapi sekarang kita boleh buat sendiri kat rumah tanpa susah payah. Sesuai untuk sarapan, makan tengah hari atau makan malam, malah boleh jadi menu istimewa bila ada tetamu.

Yang penting, bahan-bahannya mudah didapati dan cara memasaknya pun tak susah. Jom kita cuba!

Baca juga: Cara Buat Mee Kari Simple Berkuah Lembut & Pekat, Aromanya Cukup Memikat Selera

RESIPI MEE REBUS JOHOR

resipi mee rebus johor

Bahan untuk mee:

  • 1 kg mee kuning – dicelur

Bahan untuk kuah:

  • 100 g udang basah (dibersihkan)
  • 3 sudu besar udang kering
  • 150–200 g daging cincang atau daging tetel
  • 1 batang serai (diketuk)
  • 2 biji bawang besar
  • 3–4 ulas bawang putih
  • 2 inci lengkuas
  • 5–6 tangkai lada kering
  • 2 sudu besar serbuk kari daging
  • 2 sudu besar taucu
  • 3 biji keledek (direbus dan dilecek)
  • Air secukupnya
  • Garam dan gula secukup rasa

Bahan untuk hiasan:

  • Tauge (dicelur)
  • Tauhu goreng
  • Telur rebus
  • Bawang goreng
  • Lada merah (dihiris)
  • Daun bawang (dihiris)

Cara-cara penyediaan:

  1. Rebus keledek sehingga lembut, kemudian lecek hingga hancur.
  2. Panaskan sedikit minyak, tumis serai yang telah diketuk sehingga wangi.
  3. Masukkan bawang besar, bawang putih, lengkuas dan lada kering yang telah diblend.
  4. Tumis hingga naik bau dan pecah minyak.
  5. Tambahkan serbuk kari, kacau rata dan tumis lagi sekejap untuk hilangkan rasa mentah.
  6. Masukkan daging cincang, kacau hingga sebati, kemudian tambah air secukupnya.
  7. Biarkan mendidih.
  8. Masukkan taucu yang telah dikisar, kacau rata.
  9. Tambahkan keledek yang telah dilecek, reneh sehingga kuah sedikit pekat dan berkrim.
  10. Perasakan kuah dengan garam dan gula secukup rasa.

Cara penyediaan mee dan hiasan:

  1. Celur mee dan tauge sehingga separuh masak.
  2. Goreng tauhu dan rebus telur.
  3. Hidangkan mee dalam mangkuk, tuang kuah panas, susun tauge, tauhu, telur rebus, tabur bawang goreng, hirisan lada dan daun bawang.

Sumber: Faziatun Nisa Yusof Basha

Baca juga: Resepi Soto Ayam Sedap Pekat Berempah, 4 Tahun Masak Suami Tak Pernah Jemu Makan Setiap Hari

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN